Images
  • raheem stirling man city
    Pemain Manchester City Raheem Stirling (Gambar: Reuters)

Akhbar 'api-apikan sifat rasis', menurut pemain Man City, Raheem Sterling

REUTERS: Pemain hadapan pasukan Manchester City Raheem Sterling percaya pihak akhbar bertanggunjawab "mengapi-apikan sifat perkauman" dan "kelakuan agresif" dengan cara pemain muda berkulit hitam ditampilkan.

Pemain berusia 24 tahun itu membuat komen tersebut dalam satu catatan Instagram pada Ahad (9 Dis), sehari selepas beliau dikatakan hadapi hinaan berbaur perkauman daripada seorang penyokong City apabila pasukan itu kalah 0-2 di tangan Chelsea semasa perlawanan Liga Perdana di Stamford Bridge.

Sterling memuat naik dua gambar yang menunjukkan tajuk akhbar berbeza bagi dua berita hampir sama melibatkan rakan sepasukannya di City - Tosin Adarabioyo dan Phil Foden - yang membeli rumah baru tahun ini.

Tajuk akhbar bagi Adarabioyo, yang berkulit hitam, memberi tumpuan kepada 2.25 million paun (S$3.92 juta) yang dibayar untuk sebuah rumah "meskipun belum mulakan sebarang perlawanan Liga Perdana". Manakala, tajuk berita bagi Foden pula merujuk kepada tujuan beliau membeli rumah 2 juta paun (S$3.49 juta) "untuk ibunya".

"Ada dua pemain yang baru mulakan kerjaya - dua anggota pasukan sama, kedua-duanya buat perkara yang baik iaitu membelikan rumah untuk ibu mereka yang bersusah payah membantu mereka sehingga ke hari ini," tulis Sterling.

"Tapi lihat bagaimana pihak akhbar melakarkan mesej berhubung pemain kulit hitam dan kemudian bagi pemain kulit putih.

"Saya rasa ini tidak wajar, kedua-duanya tidak melakukan kesalahan sedikitpun namun cara mereka dipaparkan, pemain berkulit hitam dilihat dari sudut kurang baik, yang mengapi-apikan sifat perkauman dan kelakuan agresif."

Berhubung hinaan yang beliau hadapi di Stamford Bridge pula, Sterling berkata beliau "tertawa" apabila mendengar kata-kata itu kerana memang menjangkakannya.

Disember lalu, seorang lelaki dipenjara 16 minggu kerana melakukan serangan berunsur perkauman terhadap Sterling.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat selepas perlawanana pada Sabtu namun Polis Metropolitan menyatakan pihaknya akan menyemak rakaman kejadian untuk menentukan sama ada sebarang penghinaan berbaur perkauman berlaku.

City mengalami kekalahan pertama mereka musim ini pada Sabtu lantas jatuh ke tangga kedua di belakang Liverpool.

- Reuters/TQ/tq

Top