Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ajax kalahkan Spurs 1-0, langkah setapak lagi ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Ajax melangkah setapak lagi ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang pertama buat pasukan itu dalam tempoh 23 tahun, setelah jaringan awal Donny van de Beek memberi kemenangan 1-0 kepada Tottenham dalam perlawanan separuh akhir pertama pada Selasa (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Ajax kalahkan Spurs 1-0, langkah setapak lagi ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Para pemain Ajax dan Tottenham (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 May 2019 08:27AM Dikemas Kini : 01 May 2019 08:35AM

LONDON: Ajax melangkah setapak lagi ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang pertama buat pasukan itu dalam tempoh 23 tahun, setelah jaringan awal Donny van de Beek memberi kemenangan 1-0 kepada Tottenham dalam perlawanan separuh akhir pertama pada Selasa (30 Apr).

Jaringan Van de Beek pada minit ke-15 adalah hasil penguasaan permainan pasukan Belanda itu pada separuh pertama sedang
Tottenham terpaksa bermain tanpa Harry Kane dan Son Heung-min masing-masing kerana kecederaan dan digantung permainan.

Tottenham menunjukkan peningkatan pada separuh kedua meskipun diuji satu lagi kecederaan, kali ini pada Jan Vertonghen. Namun ini tidak cukup untuk mereka menyamakan kedudukan tanpa dua penyerang utama.

Ajax hampir-hampir meluaskan jurang gol menuju perlawanan kedua minggu depan di Johan Cruyff Arena tetapi tendangan David Neres terkena palang gol 10 minit sebelum tamat perlawanan.

Ajax jelas membuktikan keupayaannya meskipun mempunyai ramai pemain muda, mengalahkan Real Madrid dan Juventus untuk muncul antara empat pasukan terbaik. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan