Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ajax bangkit juarai Liga Belanda; lenyapkan kekecewaan Liga Juara-Juara UEFA

Ajax Amsterdam dinobat sebagai juara Liga Belanda untuk kali ke-34 semalam (15 Mei) menyusuli kemenangan 4-1 ke atas De Graafschap.

Anggaran Waktu Membaca:
Ajax bangkit juarai Liga Belanda; lenyapkan kekecewaan Liga Juara-Juara UEFA

Para peminat Ajax merai kemenangan pasukan mereka. (Gambar: Olaf Kraak/AFP)

Diterbitkan : 16 May 2019 07:49AM Dikemas Kini : 16 May 2019 07:52AM

DOETINCHEM, BELANDA: Ajax Amsterdam dinobat sebagai juara Liga Belanda untuk kali ke-34 semalam (15 Mei) menyusuli kemenangan 4-1 ke atas De Graafschap.

Ini selepas Ajax kecundang dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di tangan Tottenham Hotspur.

Jaringan gol Lasse Schoene, Nicolas Tagliafico dan Dusan Tadic membantu kelab pimpinan Erik ten Hag itu mengecapi kemenangan ke-8 berturut-turut sekaligus menjamin gelaran sebagai juara liga tersebut.

Ajax turun padang bagi perlawanan akhir musim ini tiga mata di hadapan pesaing terdekat, PSV Eindhoven. Ini selepas juara bertahan itu menundukkan Utrecht 4-1 dan ditewaskan AZ Alkmaar 1-0 Ahad lalu (12 Mei).

Kemenangan Ajax sekaligus melenyapkan kekecewaan dek gagal mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas dikalahkan Tottenham Hotspur minggu lalu. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan