Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AIA akan terus sokong Liga Perdana S'pura sehingga 2022

AIA Singapore akan terus menjadi penaja Liga Perdana Singapura (SPL) sehingga musim 2022, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh tajaan itu selama tiga tahun lagi, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataan medianya pada Selasa (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
AIA akan terus sokong Liga Perdana S'pura sehingga 2022

(Gambar: Facebook/SPL)

Diterbitkan : 02 Mar 2021 08:26PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 08:27PM

SINGAPURA: AIA Singapore akan terus menjadi penaja Liga Perdana Singapura (SPL) sehingga musim 2022, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh tajaan itu selama tiga tahun lagi, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataan medianya pada Selasa (2 Mac).

Tajaan yang dilanjutkan itu "mencerminkan pertumbuhan berterusan SPL dan komitmen kedua-dua FAS dan AIA untuk mencungkil dan mengasah bakat bola sepak tempatan", menurut FAS.

AIA merupakan penaja utama SPL, iaitu satu-satunya liga sukan profesional di Singapura, sejak 2019.

Sebagai sebahagian daripada pembaharuan penajaan itu, AIA dan FAS akan bekerjasama dalam beberapa inisiatif termasuk Anugerah AIA Bagi Pemain Terbaik Bulan Ini dan Anugerah AIA Bagi Pemain Muda Terbaik Bulan Ini, yang akan melengkapi Anugerah AIA Bagi Pemain Terbaik Tahun Ini yang akan diberikan pada hujung musim pertandingan.

Menurut FAS, kedua-dua pihak juga sedang meneroka cara-cara untuk menjalin kerjasama dengan pasukan dari Liga Perdana England (EPL), Tottenham Hotspur, yang turut ditaja oleh AIA.

"Bagi mendampingi para peminat, penyokong dan masyarakat lebih luas, FAS dan AIA Singapore sedang meneroka peluang untuk melibatkan bintang-bintang SPL dan memanfaatkan duta global AIA dan bekerjasama dengan Tottenham Hotspur," menurut FAS.

"Kegiatan-kegiatan lain termasuk acara menonton perlawanan tertentu bagi para penyokong dan bengkel bola sepak bagi para pemain belia di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh para pemain bola sepak SPL, kakitangan jurulatih FAS dan jurulatih Tottenham Hotspur.

"AIA Singapore akan terus bekerjasama dengan kelab-kelab SPL dan para pemain untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif interaktif secara online untuk meningkatkan lagi penyertaan para peminat dan penyokong." 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan