Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Aguero bakal tinggalkan Man City

Pemain penyerang Argentina, Sergio Aguero akan meninggalkan Manchester City apabila kontraknya tamat pada Julai ini, lapor akhbar Manchester Evening News pada Isnin (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Aguero bakal tinggalkan Man City

(Gambar fail: AFP/Attila KISBENEDEK)

Diterbitkan : 30 Mar 2021 11:48AM Dikemas Kini : 30 Mar 2021 11:49AM

PARIS: Pemain penyerang Argentina, Sergio Aguero akan meninggalkan Manchester City apabila kontraknya tamat pada Julai ini, lapor akhbar Manchester Evening News pada Isnin (29 Mac).

Aguero menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011 dan sejak itu menjaringkan 257 gol dalam 384 perlawanan, menjadikan beliau penjaring gol terbanyak pasukan itu.

Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak berkata beliau akan tunggu untuk memberikan ucapan selamat tinggal sehingga Aguero benar-benar meninggalkan pasukan itu, namun mendedahkan beliau telah menempah patung bagi memperingati pemain itu.

"Sumbangan Sergio kepada Manchester City sejak 10 tahun lalu sangat besar," kata Al Mubarak.

"Ini belum waktunya untuk ucapan perpisahan. Masih banyak untuk dicapai," katanya, ketika City dalam saingan buat kali pertama bagi gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan menjadi pasukan pilihan untuk merampas balik piala Liga Perdana England.

"Sementara itu, saya sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami akan menugaskan seorang seniman untuk mencipta patung Sergio yang akan kekal di Etihad Stadium," lapor Manchester Evening News.

Akhbar itu melaporkan City sedang merancang pesta perpisahan untuk Aguero selepas perlawanan terakhir musim Liga Perdana menentang Everton pada 23 Mei.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan