Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AFF Suzuki: M'sia mara, Thailand tersingkir selepas seri 2-2

Malaysia mara ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2018 selepas perlawanan mereka menentang Thailand berakhir seri 2-2 malam ini (5 Dis) di Stadium Rajamangala di Bangkok.

Anggaran Waktu Membaca:
AFF Suzuki: M'sia mara, Thailand tersingkir selepas seri 2-2

Perlawanan antara Malaysia dan Thailand pada 5 Dis 2018 (Gambar: Facebook/AFF Suzuki Cup)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 11:04PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 11:09PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2018 selepas perlawanan mereka menentang Thailand berakhir seri 2-2 malam ini (5 Dis) di Stadium Rajamangala di Bangkok.

Harimau Malaya layak ke perlawanan akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Ini sekaligus meranapkan harapan juara bertahan Thailand untuk cuba menjulang piala sekali lagi tahun ini.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember lepas.

Menurut laporan The Star, Thailand menjaringkan gol pertama apabila tandukan Thitipan Puangchan ditepis penjaga gawang Farizal Marlias, namun kemudian terkena pemain ganti Malaysia Irfan Zakaria sebelum memasuki gawang pada minit ke-20.

Namun dua minit sebelum separuh pertama berakhir, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhammad Syahmi Safari, menurut Fox Sports.

Kedua-dua pasukan masing-masing menghasilkan satu lagi gol pada separuh kedua perlawanan.

Fox Sports melaporkan, pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan tendangan penalti pada minit keempat masa tambahan, lantas perlawanan berakhir 2-2.

Menurut laman Piala AFF Suzuki, perlawanan pertama peringkat akhir dijadual berlangsung pada 11 Disember.

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan