Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AFF pertimbang lokasi berpusat bagi Piala Suzuki 2020

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mungkin mengubah format Piala Suzuki AFF 2020 kepada satu tempat berpusat berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
AFF pertimbang lokasi berpusat bagi Piala Suzuki 2020
Diterbitkan : 02 Jun 2021 05:28PM Dikemas Kini : 02 Jun 2021 05:30PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mungkin mengubah format Piala Suzuki AFF 2020 kepada satu tempat berpusat berikutan ancaman pandemik COVID-19.

Presiden AFF Mej Jen Khiev Sameth berkata hasrat persekutuan itu ialah menganjurkan kejohanan itu dalam format dan jadual penuh termasuk di tempat sendiri dan tempat lawan bagi semua peringkat namun pelbagai cadangan untuk kejohanan itu akan dipertimbangkan. 

“Kami sedar mengenai keperluan untuk memeriksa dengan teliti dan bersedia untuk berhadapan impak pandemik, termasuk format pilihan seperti menggunakan tempat berpusat.

Kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan akan terus menjadi keutamaan kami dan kami memikirkan pelbagai pilihan. Pengumuman selanjutnya akan dibuat pada Julai ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini (2 Jun).

Sementara itu, AFF juga menetapkan 10 Ogos depan untuk majlis undian rasmi namun butiran lanjut termasuk tempat dan format majlis akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Lewat tahun lepas AFF mengumumkan kejohanan dwitahunan itu akan berlangsung dari 5 Dis tahun ini hingga 1 Jan 2022. Kejohanan itu pada awalnya dijadualkan dari 23 Nov hingga 31 Dis 2020 namun ditangguhkan ke 11 April hingga 8 Mei tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan