Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AFC umum senarai stadium bakal tuan rumah perlawanan Liga Juara-Juara Asia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan empat stadium akan menjadi tuan rumah perlawanan Liga Juara-Juara AFC dari Peringkat Kumpulan hingga ke separuh akhir, berlangsung dari 14 September hingga 3 Oktober 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
AFC umum senarai stadium bakal tuan rumah perlawanan Liga Juara-Juara Asia

Pemain Singapura Hafiz Nor cuba menggelecek bola di pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Uzbekistan.

Diterbitkan : 10 Aug 2020 10:55AM Dikemas Kini : 10 Aug 2020 10:57AM

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan empat stadium akan menjadi tuan rumah perlawanan Liga Juara-Juara AFC dari Peringkat Kumpulan hingga ke separuh akhir, berlangsung dari 14 September hingga 3 Oktober 2020.

Perlawanan akan diadakan di empat stadium: Stadium Al Janoub, Stadium Khalifa, Stadium Education City dan Stadium Jassim bin Hamad.

Keempat-empat stadium mempunyai teknologi penyejukan yang unik, lapor agensi berita Qatar.

Pasukan Kumpulan A terdiri daripada Al Wehda dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), Polis Iraq, Esteghlal Iran dan Al Ahly dari Arab Saudi, bakal berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Kumpulan B pula terdiri daripada Al Hilal dari Arab Saudi, Shabab Al Ahli dari UAE, Mujahidin Uzbekistan dan Shahr Khodro dari Iran, akan diadakan di Stadium Al Janoub.

Pasukan Kumpulan C, Al Duhail dari Qatar, Al Taawoun (Arab Saudi), Persepolis Iran dan Sharjah (UAE), di Stadium Education City.

Dalam pada itu, Stadium Jassim bin Hamad bakal menjadi tuan rumah perlawanan Kumpulan D iaitu Al Sadd dari Qatar, Al Ain (UAE), Sepahan (Iran) dan Al Nasr (Arab Saudi). 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan