Images
  • sala wreckage
    Bangkai pesawat yang dipercayai dinaiki Emiliano Sala ditemui di dasar laut. (Gambar: AAIB)

Ada mayat dalam bangkai pesawat dinaiki Sala

LONDON: Pasukan 'mencari kapal karam’ yang menemui bangkai pesawat membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala berkata adalah penting membawa keluar pesawat itu daripada dasar Selat Inggeris demi keluarganya selepas penyelam mendapati ada mayat di dalam bangkai pesawat itu.

Saintis Marin, David Mearns membantu keluarga Sala selepas usaha mencari oleh beberapa agensi menemui jalan buntu.

Pasukannya berjaya menemui bangkai pesawat pada kedalaman 220 kaki di dasar laut.

Imej bangkai pesawat itu disiarkan Cawangan Penyiasat Kemalangan Udara (AAIB) pada Isnin, 4 Feb, dan mendedahkan terdapat mayat sama ada Sala atau juruterbang David Ibbotson di dalamnya.

Salah dan Ibbotson berlepas dari Nantes di Perancis untuk ke Cardiff pada 21 Januari lalu, selepas bintang bola sepak itu menandatangani kelab Liga Perdana England, sebelum hilang semasa merentasi Selat Inggeris

Mearns berkata: “Pesawat itu sudah dijumpai dan sekarang lebih penting kita tahu ada mayat di dalamnya.”

Jurucakap AAIB berkata: “Tragiknya di dalam video diambil ROV ada satu mayat di dalamnya. AAIB kini menimbangkan langkah selanjutnya dan akan mengambil pandangan keluarga mereka dan polis.”

Imej terbaru itu memaparkan bahagian belakang sebelah kiri pesawat termasuk bahagian yang tertera nombor pendaftaran pesawat N264DB.

Belum ada keputusan dibuat untuk membawa bangkai pesawat itu ke permukaan. 

- AFP/APTN/SU/aq

Top