Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Abdul Hadi juara Kejohanan Kelayakan Global Jelajah PGA

Pemain golf Singapura, Abdul Hadi Uda Thith, mengharumkan nama negara selepas pemain muda yang berbakat ini memenangi Kejohanan Kelayakan Global bagi Siri Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Abdul Hadi juara Kejohanan Kelayakan Global Jelajah PGA

Pemain golf Singapura, Abdul Hadi, memenangi Kejohanan Kelayakan Global bagi Siri Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional di China. (Gambar: PGA Tour China/Instagram)

SINGAPURA: Pemain golf Singapura, Abdul Hadi Uda Thith, mengharumkan nama negara selepas pemain muda yang berbakat ini memenangi Kejohanan Kelayakan Global bagi Siri Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) di China.

Semasa kejohanan berlangsung di Guangzhou, China dari Selasa (19 Feb) hingga Jumaat (22 Feb), Abdul Hadi berjaya menewaskan para pesaing dari merata dunia dengan mencatat skor 65, 69, 68, 70 (Par 70) dengan kelebihan -8.

Dalam catatan Facebooknya pada Jumaat (22 Feb), Persatuan Golf Singapura (SGA) yang mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi turut mendedahkan bahawa dengan kemenangan itu, Abdul Hadi kini berpeluang untuk bertanding dalam Kejohanan PGA China serta bermain secara profesional pada tahun ini.

Seorang lagi Pemain Muda Profesional SGA, Marc Ong, akan berlepas ke China pada Sabtu (23 Feb) untuk bersaing dalam pusingan kelayakan seterusnya, menurut persatuan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan