Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

9 pemain bola sepak S’pura yang langgar 'curfew' semasa Sukan SEA didenda

Sembilan pemain bola sepak S’pura yang langgar peraturan had waktu atau 'curfew' semasa Sukan SEA di Filipina Disember lalu telah dikenakan didenda oleh Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC).

Anggaran Waktu Membaca:
9 pemain bola sepak S’pura yang langgar 'curfew' semasa Sukan SEA didenda

(Gambar: FAS/Instagram)

Diterbitkan : 07 Mar 2020 11:11PM Dikemas Kini : 08 Mar 2020 12:01AM

SINGAPURA: Sembilan pemain bola sepak S’pura yang melanggar peraturan had waktu atau 'curfew' semasa Sukan SEA di Filipina Disember lalu telah dikenakan didenda oleh Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC).

Jurucakap SNOC dalam satu kenyataan pada Sabtu (7Mac) menyatakan:
"Pada 31 Januari 2020, Jawatankuasa Disiplin SNOC menemui sembilan pemain itu yang terlibat dalam dua insiden melanggar 'curfew' semasa Sukan SEA 2019 dan memberi mereka peluang untuk mejelaskan perbuatan masing-masing."

"Kesemua sembilan pemain itu mengaku perbuatan mereka melanggar kod tingkah laku dalam perjanjian keanggotaan pasukan bagi Sukan itu.

"Setelah meneliti bukti yang dibentangkan dan keadaan yang dijelaskan, Jawatankuasa Disiplin SNOC memutuskan untuk mengenakan denda berbentuk jumlah wang yang berlainan bagi setiap pemain itu."

Denda itu juga termasuk rekod disiplin terhadap para pemain itu, menurut jurucakap tersebut. Ini mungkin akan diambil kira bagi proses pemilihan Sukan pada masa akan datang, bersama dengan faktor-faktor dan kriteria pemilihan yang lain.

Hami Syahin, Joshua Pereira, Kenji Rusydi, Lionel Tan, Saifullah Akbar, Shah Shahiran, Tajeli Salamat, Zharfan Rohaizad dan Zulqarnaen Suzliman - didenda antara S$1,000 hingga S$2,000.

SNOC akan mendermakan wang denda tersebut kepada cabang amalnya, Yayasan Olimpik Singapura.

Menurut jurucakap itu: "Kami berharap kesemua sembilan pemain itu akan belajar daripada insiden ini dan menumpukan tenaga dan bakat masing-masing terhadap mempertingkatkan kerjaya bola sepak mereka. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan