Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

83 ditangkap di Paris selepas Bayern menang Liga Juara-Juara UEFA

Lebih 80 orang ditangkap di Paris setelah para peminat bola sepak berkumpul di ibu negara Perancis itu pada Ahad malam (23 Ogos) ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA diadakan, menurut Polis Wilayah Paris.

Anggaran Waktu Membaca:
83 ditangkap di Paris selepas Bayern menang Liga Juara-Juara UEFA

Polis menggunakan gas pemedih mata terhadap para peminat bola sepak yang berkumpul di Paris pada malam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA. (Gambar: Alain JOCARD/AFP)

Diterbitkan : 24 Aug 2020 12:52PM Dikemas Kini : 24 Aug 2020 12:56PM

MOSCOW: Lebih 80 orang ditangkap di Paris setelah para peminat bola sepak berkumpul di ibu negara Perancis itu pada Ahad malam (23 Ogos) ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA diadakan, menurut Polis Wilayah Paris.

"Pada 3.00 pagi (01:00 GMT), penilaian awal adalah 83 orang ditangkap oleh polis," kata polis wilayah dalam ciapan Twitter pada Isnin.

Dalam catatan Twitter sebelumnya, polis menyatakan sejumlah 43 orang ditangkap "berkaitan dengan keganasan."

Menurut Sputnik, polis menggunakan gas pemedih mata terhadap para peminat bola sepak yang berkumpul di Paris pada malam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA yang berakhir dengan FC Bayern Munich menewaskan Paris St. Germain 1-0.

Pada malam Ahad, ratusan peminat bola sepak berkumpul di jalan Champs-Elysees ketika perjumpaan besar-besaran dilarang berikutan pandemik COVID-19. Garis panduan jarak sosial tidak mungkin dipatuhi kerana jumlah pengunjung yang ramai, menurut seorang koresponden Sputnik.

Selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA selesai - dengan pemain bola sepak Perancis, Kingsley Coman (yang dilatih di akademi Paris Saint-Germain), menjaringkan gol tunggal kemenangan - peminat bola sepak mula membakar suar dan mercun.

Polis kemudian menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai. Beberapa perhentian bas rosak di jalan-jalan raya yang berdekatan dengan Champs-Elysees, terutama di Hoche Avenue, dan peminat bola sepak membakar tong sampah. 

Pada awal pagi Isnin, Polis Paris menulis di Twitter semua yang berkumpul di Champs-Elysees sudahpun bersurai dan keadaan lalu lintas dipulihkan. Penilaian awal dari polis menyatakan jumlah penangkapan adalah seramai 22 orang.

Ia adalah kali keenam Bayern memenangi Liga Juara-Juara UEFA (Persatuan Persatuan Bola Sepak Eropah); kemenangan sebelumnya adalah pada tahun 2013. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan