Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

600 penonton turut saksi sesi ujian acara Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk Beijing

China pada Jumaat (2 Apr) mengadakan sesi ujian terhadap beberapa acara pertandingan menjelang berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Anggaran Waktu Membaca:
600 penonton turut saksi sesi ujian acara Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk Beijing

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Apr 2021 06:44PM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 06:46PM

BEIJING: China pada Jumaat (2 Apr) mengadakan sesi ujian terhadap beberapa acara pertandingan menjelang berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Sesi ujian itu membabitkan lima acara olimpik dan dua paralimpik yang berlangsung di lima gimnasium di Beijing termasuk Gimnasium Luncur Laju Kebangsaan, Gimnasium Kebangsaan, Gimnasium Ibu kota, Pusat Sukan Wukesong dan Pusat Renang Kebangsaan (Water Cube).

Berlangsung selama lebih sejam, sesi itu turut dihadiri penonton dan pingat emas pertama dimenangi menerusi pertandingan akhir acara kurling kategori regu campuran.

Acara itu dihadiri kira-kira 600 penonton dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) sepertimana ditetapkan sistem kawalan dan pencegahan wabak COVID-19.

Penonton perlu menunjukkan kod hijau aplikasi “Jiankangbao Beijing” dan “perjalanan data besar Dewan Negara” sebelum dibenarkan masuk ke gimnasium. Selepas pemeriksaan suhu badan, penonton diasingkan mengikut zon dan duduk di kawasan tempat duduk dengan mematuhi penjarakan sosial.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan