Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

6 pasukan EPL mara ke suku akhir pertandingan bola sepak Eropah

Keenam-enam pasukan Liga Perdana England (EPL) mara ke suku akhir pertandingan Eropah selepas Arsenal menewaskan Rennes 3-0 dan Chelsea pula membelasah Dynamo Kiev 5-0 semalam (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
6 pasukan EPL mara ke suku akhir pertandingan bola sepak Eropah

Gambar: Supinsky/AFP

Diterbitkan : 15 Mar 2019 08:21AM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 08:25AM

LONDON: Keenam-enam pasukan Liga Perdana England (EPL) mara ke suku akhir pertandingan Eropah selepas Arsenal menewaskan Rennes 3-0 dan Chelsea pula membelasah Dynamo Kiev 5-0 semalam (14 Mac).

Arsenal bangkit selepas kalah 1-3 di tangan Rennes pada perlawanan pertama dan dengan kemenangan semalam, ia memperolehi agregat 4-3 ekoran kemenangan di padang sendiri.

Seawal minit kelima, pasukan tuan rumah menyemarakkan suasana Stadium Emirates dengan gol pembukaan Pierre-Emerick Aubameyang.

10 minit kemudian, Maitland-Niles menambah satu lagi gol bagi The Gunners selepas berjaya menyempurnakan hantaran bola pemain Perancis itu.

Pada minit ke-72 pula, Aubameyang sekali lagi berjaya menjaringkan gol hasil hantaran tepat Sead Kolasinac. Ini merupakan gol ke-22 buat Aubameyang pada musim ini.

Di Stadium Olimpiyskiy pula, jaringan hatrik Olivier Giroud membantu Chelsea mara ke pusingan seterusnya dengan mudah.

Selepas meraih kemenangan 3-0 di Stamford Bridge minggu lalu, juara Liga Europa 2013 itu menguasai perlawanan semalam, menewaskan Dynamo Kiev dengan agregat 8-0.

Gergasi Liga Perdana England itu kini mengintai trofi pertama di bawah pimpinan pengurus baru, Maurizio Sarri selepas gagal menjulang Piala Liga Inggeris bulan lalu. Dalam pada itu, warga Itali tersebut juga berharap dapat menempah tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Keputusan Liga Europa: 

Dynamo Kiev (UKR) 0 Chelsea (ENG) 5 (Chelsea menang dengan agregat 8-0)
Krasnodar (RUS) 1 Valencia (ESP) 1 (Valencia menang dengan agregat 3-2)
Salzburg (AUT) 3 Napoli (ITA) 1 (Napoli menang dengan agregat 4-3)
Villarreal (ESP) 2 Zenit St Petersburg (RUS) 1 (Villarreal menang dengan agregat 5-2)
Arsenal (ENG) 3 Rennes (FRA) 0 (Arsenal menang dengan agregat 4-3)
Slavia Prague (CZE) 4 Sevilla (ESP) 3 (Slavia Prague menang dengan agregat 6-5)
Benfica (POR) 3 Dinamo Zagreb (CRO) 0 (Benfica menang dengan agregat 3-1)
Inter Milan (ITA) 0 Eintracht Frankfurt (GER) 1 (Eintracht Frankfurt menang dengan agregat 1-0)

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan