Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

4 pasukan berentap untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia

Hanya tinggal dua tempat dalam separuh akhir yang menjadi rebutan Sweden, England, Rusia dan Croatia.

Anggaran Waktu Membaca:
4 pasukan berentap untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia

Pasukan Sweden antara empat pasukan yang akan bersaing untuk mara ke peringkat separuh akhir. (Gambar: Darren Staples/ Reuters)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 07:37PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 07:39PM

SOCHI: Hanya tinggal dua tempat dalam separuh akhir yang menjadi rebutan Sweden, England, Rusia dan Croatia.

England bakal bertemu Sweden pada 10 malam ini (7 Jul). England pernah menjadi juara pada 1966 dan sejak itu pasukan tiga singa sampai ke peringkat kalah mati dalam hampir setiap kejohanan Piala Dunia.

Sweden pula belum pernah menjulang piala itu tetapi pasukan tersebut sudah empat kali melangkah ke peringkat separuh akhir.

Perlawanan antara tuan rumah, Rusia dengan Croatia pula bermula pada 2.00 pagi nanti waktu Singapura. Sejak mencapai kemerdekaan pada 1991, Rusia menyertai tiga Piala Dunia.

Croatia pula menyertai Piala Dunia lima kali sejak menjadi negara merdeka pada 1991.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan