Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

36 pemain, kakitangan Liga Perdana positif COVID-19

Liga Perdana England pada Isnin (11 Jan) mendedahkan bahawa 36 pemain dan kakitangannya diuji positif COVID-19 sejak seminggu yang lalu, kurang sedikit daripada jumlah rekod 40 kes dalam tempoh tujuh hari sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
36 pemain, kakitangan Liga Perdana positif COVID-19

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 05:02PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 05:06PM

LONDON: Liga Perdana England pada Isnin (11 Jan) mendedahkan bahawa 36 pemain dan kakitangannya diuji positif COVID-19 sejak seminggu yang lalu, kurang sedikit daripada jumlah rekod 40 kes dalam tempoh tujuh hari sebelumnya.

Jumlah jangkitan yang melonjak di seluruh Britain telah memaksa negara itu melaksanakan sekatan baru di seluruh negara ketika jenis baru COVID-19 yang lebih berjangkit meningkatkan tekanan terhadap hospital.

"Liga Perdana hari ini dapat mengesahkan bahawa antara Isnin 4 Januari hingga Ahad 10 Januari, dalam dua pusingan ujian, 2,593 pemain dan kakitangan kelab diuji bagi virus COVID-19. Daripada jumlah tersebut, terdapat 36 kes positif baru," menurut Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Perlawanan antara Aston Villa dengan Tottenham, yang dijadualkan pada Rabu, menjadi perlawanan kelima Liga Perdana yang ditangguhkan dalam tempoh dua bulan terakhir akibat penularan.

Akibat jadual yang sudah padat, Tottenham kini akan berdepan dengan Fulham dalam satu lagi perlawanan yang dijadual semula pada Rabu.

Pertembungan Fulham dengan Chelsea dan kunjungan Everton ke Villa hujung minggu ini juga ditangguh sehari.

Sukan elit itu setakat ini dibiarkan terus berlangsung walaupun terdapat sekatan, namun sejumlah bintang berprofil tinggi Liga Perdana England yang melanggar peraturan mencetuskan desakan bagi tindakan yang lebih keras.

Pengurus Sheffield United, Chris Wilder berkata, beliau tidak terkejut jika Liga Perdana terpaksa dihentikan dalam beberapa minggu mendatang.

The Blades mengalami banyak hasil ujian positif menjelang perlawanan mereka dengan Burnley pada Disember, namun tidak meminta perlawanan ditunda.

"Semua orang tahu situasinya dan jika (Liga) digantung, saya tidak rasa ia sesuatu yang mengejutkan," kata Wilder.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan