Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

3 penyokong Chelsea dihalang masuk stadium selepas ejekan berbaur perkauman

Tiga penyokong kelab bolasepak Chelsea dihalang daripada memasuki stadium Eden Arena bagi perlawanan menentang Slavia Prague pada Khamis (11 Apr) di peringkat suku akhir Liga Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
3 penyokong Chelsea dihalang masuk stadium selepas ejekan berbaur perkauman

Para peminat Chelsea mengibarkan bendera sebelum perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Chelsea bermula di Separuh Akhir Piala FA pada 22 April 2017 - Stadium Wembley. (Gambar: Hannah McKay/Reuters)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 10:39PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 10:56PM

PRAGUE: Tiga penyokong kelab bolasepak Chelsea dihalang daripada memasuki stadium Eden Arena bagi perlawanan menentang Slavia Prague pada Khamis (11 Apr) di peringkat suku akhir Liga Europa. Tindakan itu diambil setelah mereka dipercayai melakukan ejekan berunsur perkauman terhadap pemain Liverpool, Mohamed Salah, yang dimuatnaikkan di laman sosial.

Chelsea, yang dijadualkan untuk bermain dalam Liga Perdana Liverpool di Anfield pada Ahad (14 Apr), mengeluarkan kenyataan di laman web mereka untuk menolak sebarang bentuk tingkah laku berbaur diskriminasi setelah satu rakaman video menunjukkan para penyokong bernyanyi dengan menghina pemain warga Mesir berkenaan.

Polis Merseyside menyatakan ia sedang menyiasat penerbitan catatan Twitter berunsur hinaan terhadap seorang pemain Liverpool.

"Chelsea FC mendapati semua bentuk tingkah laku diskriminasi adalah menjijikkan dan jika ada bukti jelas bahawa para pemegang tiket langganan Chelsea ataupun para pemainnya yang terlibat dalam perbuatan itu, kami akan mengambil tindakan keras terhadap mereka.

"Individu-individu seperti ini amat memalukan sebilangan besar penyokong Chelsea yang tidak akan bertolak ansur dengan mereka di dalam kelab mereka."

Salah, yang merupakan seorang bekas pemain Chelsea, beragama Islam.

Dalam satu catatan Twitter, pertubuhan antidiskriminasi Kick It Out menulis: "Ia tidak berlaku di tempat kami tetapi ia tetap suatu penghinaan. Kami tidak mahu penyokong-penyokong seperti itu datang ke mana-mana perlawanan kami.

Pertubuhan itu turut menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan Chelsea FC untuk memastikan mereka yang terlibat akan dikenal pasti dan dihukum dengan cepat dan berkesan.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan