Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

220 atlit, jurulatih, pegawai Team Singapore selesai jalani vaksinasi COVID-19

Sekitar 220 atlit, jurulatih dan pegawai Team Singapore sudahpun menyelesaikan vaksinasi COVID-19 mereka, dengan vaksinasi ke atas para atlit yang akan bertanding dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo diberikan "keutamaan nombor satu", menurut Sport Singapore (SportSG) pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
220 atlit, jurulatih, pegawai Team Singapore selesai jalani vaksinasi COVID-19

Team Singapore berbaris di Sukan SEA 2018 semasa acara penutup. (Gambar: SportSG)

Diterbitkan : 27 May 2021 02:46PM Dikemas Kini : 27 May 2021 02:48PM

SINGAPURA: Sekitar 220 atlit, jurulatih dan pegawai Team Singapore sudahpun menyelesaikan vaksinasi COVID-19 mereka, dengan vaksinasi ke atas para atlit yang akan bertanding dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo diberikan "keutamaan nombor satu", menurut Sport Singapore (SportSG) pada Khamis (27 Mei).

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, ketua Institut Sukan Singapura Toh Boon Yi berkata proses vaksinasi dimulakan pada awal tahun ini.

"Kami memulakan vaksinasi bagi atlit, jurulatih serta pegawai kami pada Februari dan sejauh ini, sekitar 220 (daripada mereka) sudah selesai menjalani vaksinasi," kata Encik Toh.

"Kami akan terus memvaksin secara bertahap-tahap atlit, jurulatih dan pegawai utama yang akan mewakili Singapura bagi temasya-temasya sukan besar akan datang, selewat-lewatnya pada hujung Mei. Dengan cara yang sama, lebih ramai atlit, jurulatih dan pegawai lain akan divaksin secara progresif menjelang Sukan SEA pada hujung tahun ini."

Beliau juga menarik perhatian kepada Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, dengan mereka yang mempunyai keperluan segera untuk melakukan perjalanan bagi berlatih atau bertanding di luar negara menjelang kedua-dua temasya sukan itu sudahpun diberikan keutamaan.

Beliau menambah: "Sport Singapore akan memastikan kontinjen Team Singapore divaksin sepenuhnya sebelum sukan-sukan besar akan datang. Para atlit dengan keadaan perubatan sedia ada akan mendapatkan nasihat pasukan perubatan Institut Perubatan Sport Singapura mengenai kelayakan mereka untuk menerima vaksin."

Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan selama setahun akibat pandemik COVID-19 akan bermula pada 23 Julai. Beberapa atlit termasuk perenang Joseph Schooling, juara bertahan bagi acara gaya kupu-kupu 100 meter, yang sudahpun melayakkan diri bagi temasya-temasya sukan itu.

Berikutan gelombang keempat jangkitan COVID-19, Jepun kini di bawah keadaan darurat ketiganya yang dikatakan berkuat kuasa sehingga 21 Mei.

Sejak memuncak pada pertengahan Mei, kes COVID-19 di Tokyo dan Jepun mula merosot. Pada Rabu, ibu negara Jepun itu melaporkan 743 kes COVID-19 - penurunan 23.3 peratus berbanding dua minggu sebelum itu.

Sukan Paralimpik dijangka bermula pada 24 Ogos dan akan berlangsung sehingga 5 September. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan