Images
  • esport razer
    (Gambar: SGEA)

20 atlet e-sukan wakili S'pura di Sukan SEA 2019

SINGAPURA: 20 atlet e-sukan akan mewakili Singapura dalam enam acara di Sukan SEA di Filipina.

Ini adalah kali pertama e-sukan dijadikan acara pingat di satu pertandingan pelbagai sukan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik. Ia ditampilkan sebagai sukan pertunjukan pada Sukan Asia di Indonesia.

Enam pingat emas akan diberikan kepada permainan-permainan video ini: Arena of Valor, DOTA 2, StarCraft II, Tekken 7, Heartstone dan Mobile Legends: Bang Bang.

Dianjurkan secara dwitahunan, Sukan SEA 2019 akan diadakan di beberapa bandar merata Filipina antara 30 November dengan 11 Disember.

Persatuan Esukan Singapura (SGEA) menyatakan hari ini (9 Okt) bahawa pemilihan atlet-atlet kebangsaan e-sukan bermula pada Februari lalu.

Senarai muktamad barisan pemain diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Olimpik Singapura (SNOC) setelah SGEA menyerahkan senarai pencalonan pada Mei.

Delegasi dari Singapura termasuk atlet-atlet veteran e-sukan seperti pemain DOTA 2, Wong "NutZ" Jeng Yih dan pemain StarCraft II, Thomas "Blysk" Kopankiewicz.

SGEA juga mengumumkan ia telah bekerjasama dengan Persatuan Sukan Siber dan Permainan Online Singapura (SCOGA) untuk menyediakan sokongan sains sukan bagi menyediakan para atlet untuk Sukan SEA.

Program itu melibatkan penyesuaian, penyediaan dan kegiatan sokongan lain dalam bidang psikologi, pemakanan, penyesuaian fizikal, kebajikan dan pengurusan gaya hidup.

Pengerusi SCOGA, Nicholas Khoo berkata persatuan itu membuat pelaburan dalam latihan dan pembangunan para pemain sepanjang dua tahun lalu dengan sokongan Majlis Belia Kebangsaan dan rakan-rakan industri.

"Kami ghairah untuk memberi sokongan kepada para pemain kami dalam Sukan SEA dan berharap lebih ramai pemain akan memanfaatkan program menyeluruh yang kami lakarkan bersama rakan-rakan kongsi untuk membantu mereka membuat persiapan bagi pertandingan itu," kata Encik Khoo.

Syarikat-syarikat tempatan yang memberi sokongan kepada SGEA termasuk syarikat pengilangan perkakasan permainan Razer, yang menganjurkan kem permainan Razer SEA Games Esports Bootcamp dan menyediakan bahan-bahan latihan bagi pasukan-pasukan DOTA 2.

Tempat dan kemudahan latihan disediakan oleh Singtel.

Pada bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Razer, Tan Min-Liang mengumumkan syarikatnya akan melaburkan S$10 juta untuk mengembangkan e-sukan di Singapura.

Sebahagian daripada dana itu akan disalurkan untuk menyokong kontinjen e-sukan di Sukan SEA.

Berikut adalah senarai 20 wakil yang terpilih bersama gelaran kejuaraan masing-masing:

MOBILE LEGENDS: BANG BANG

Evos Esports:

Akihiro “Potato” Furusawa

Andrew “ACE” Lim

Boon “OhDeerBambi” Wei Xing Robert

Chong “SOUL” Ru Chyi

Tan “JPL” Zheng Wei

ARENA OF VALOR

Resurgence:

Bjorn “Zeys” Ong

Dabbie “813” Lim Chin Hong

Ng “Elespresso” Ye Lun Renfred

Ong “Yueyah” Jing Song

Lee “Marclaren” Cheng Hiang Marcus

DOTA 2

Wong “NutZ” Jeng Yih

Lukman “Luk” Yusoff Bin Nooraznan

Teo “Tudi” Yao Wen

Wilson “Poloson” Koh Chin Wei

STARCRAFT II

Toh “Lobo” Wei Liang Alvin

Thomas “Blysk” Kopankiewicz

TEKKEN 7

Ruslan “LAN94” Bin Abd Rahman

HEARTHSTONE

Chew “Khaius” Khai Kiat

Benjamin “SGAhIce” Isa Roberts 

- CNA/HA/ha

Top