Images
  • mahrez man city
    Pemain Manchester City Riyad Mahrez beraksi semasa Piala FA separuh akhir menentang Arsenal pada 18 Jul 2020. (Gambar: REUTERS)

2 pemain Man City; Mahrez, Laporte positif COVID-19

REUTERS: Pemain sayap Riyad Mahrez, dan pemain pertahanan, Aymeric Laporte, kedua-duanya bintang Manchester City dilaporkan diuji positif COVID-19, umum kelab Liga Perdana England (EPL) itu pada Isnin (7 Sep).

Menurut City dalam kenyataannya, kedua-dua pemain itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini sedang mengasingkan diri sejajar dengan protokol yang ditetapkan oleh EPL serta kerajaan Britain.

"Semua orang dalam Kelab berharap Riyad dan Aymeric cepat sembuh menjelang kepulangan mereka untuk menjalani latihan dan musim baru," menurut City.

Musim EPL 2020-21 akan bermula pada 12 September.

Pasukan pimpinan Pep Guardiola, yang gagal mempertahankan gelaran mereka musim lalu sebagai juara EPL setelah ketinggalan 18 mata di belakang juara Liverpool, memulakan kempen musim baru dengan bertandang ke Wolverhampton Wanderers pada 21 September. 

- REUTERS/FZ/fz

Top