Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 gol Ronaldo ikat United 2-2 dengan Atalanta

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol termasuk gol penyamaan dalam masa tambahan untuk membantu Manchester United menjamin keputusan 2-2 semasa menentang Atalanta dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
2 gol Ronaldo ikat United 2-2 dengan Atalanta

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol menentang Atalanta. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2021 07:59AM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 08:03AM

BERGAMO, Itali: Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol termasuk gol penyamaan dalam masa tambahan untuk membantu Manchester United menjamin keputusan 2-2 semasa menentang Atalanta dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa (2 Nov).

Atalanta mendahului perlawanan pada minit ke-12 apabila Duvan Zapata mengumpan bola kepada Josip Llicic yang disempurnakan oleh pemain Slovenia itu menerusi rembatan yang melepasi penjaga gawang United, David De Gea, lapor Reuters.

Selepas pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane keluar padang setelah mengalami kecederaan, United terpaksa menyusun semula corak permainannya. Mujur, rembatan kencang Ronaldo sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir meletakkan United di papan gol.

Namun, Reuters melaporkan pasukan dari Bergamo itu kembali mendahului persaingan pada minit ke-56 apabila Zapata melepasi Harry Maguire dan membolosi gawang United.

Sejurus sebelum perlawanan berakhir, Ronaldo berjaya menjaringkan gol keduanya untuk memastikan pasukan pimpinan Ole Gunnar Solskjaer itu memperolehi sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan tersebut. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan