Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 gol Ronaldo bantu Juve duduki tangga ketiga Serie A selepas tewaskan Crotone

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol sedang Juventus dengan mudah menewaskan pasukan corot Serie A, Crotone 3-0 pada Isnin (22 Feb), dengan kemenangan tersebut meletakkan juara bertahan itu di tangga ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
2 gol Ronaldo bantu Juve duduki tangga ketiga Serie A selepas tewaskan Crotone

Serie A: Jaringan gol Cristiano Ronaldo bantu Juventus catat 3-0 ke atas Crotone pada 22 Feb 2021 (Gambar: REUTERS/Massimo Pinca)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 08:13AM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 08:17AM

TURIN: Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol sedang Juventus dengan mudah menewaskan pasukan corot Serie A, Crotone 3-0 pada Isnin (22 Feb), dengan kemenangan tersebut meletakkan juara bertahan itu di tangga ketiga.

Rentak permainan Juve agak lembap pada awal perlawanan, namun azimat yang sentiasa membawa tuah kepada pasukan itu berjaya menyempurnakan hantaran silang Alex Sandro pada minit ke-38 untuk meletakkan pasukan pimpinan Andrea Pirlo di hadapan.

Ronaldo kemudian melebarkan jurang gol, dengan menjaringkan gol kedua Juve, kali ini melalui tandukan kencang, yang turut menambah jaringan gol peribadi kepada 18 gol, satu gol di hadapan Romelu Lukaku dari Inter Milan.

Penyerang Portugal berusia 36 tahun itu hampir-hampir menjaringkan hatrik dalam perlawanan berat sebelah itu, namun Weston McKennie yang menjaringkan gol ketiga Juve pada minit ke-66, yang juga merupakan gol keempat beliau dalam Serie A musim ini.

Kemenangan pertama Juve dalam empat perlawanan bagi semua pertandingan memastikan pasukan itu berupaya melompat dari tempat keenam ke tangga ketiga dengan pungutan 45 mata, lapan mata di belakang pendahulu liga, Inter dengan satu lagi perlawanan dalam tangan.

Crotone pula masih menghuni tangga paling corot dengan kutipan 12 mata daripada 23 perlawanan, lapan mata dari zon penyingkiran ke divisyen kedua liga bola sepak Itali.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan