Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

19 kelab EPL gesa adakan mesyuarat tergempar setelah Newcastle dibeli konsortium Saudi

Kelab-kelab Liga Perdana England tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan kecewa berikutan Newcastle United diambil alih konsortium yang dipimpin Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
19 kelab EPL gesa adakan mesyuarat tergempar setelah Newcastle dibeli konsortium Saudi

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 10:17PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 10:20PM

REUTERS: Kelab-kelab Liga Perdana England tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan kecewa berikutan Newcastle United diambil alih konsortium yang dipimpin Arab Saudi.

Menurut akhbar The Guardian, 19 kelab lain yang bersaing dalam EPL sebulat suara menentang pembelian oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) dan meminta diadakan mesyuarat tergempar dengan kesemua pegawai yang terlibat.

EPL mengumumkan pada Khamis (7 Okt) bahawa PIF yang dipengerusikan Putera Mahkota Mohammad bin Salman Al Saud telah mengambil alih 80 peratus kepentingan kelab tersebut daripada pemilik The Magpies, Mike Ashley.

Pada Khamis, Amnesty International menyatakan perjanjian itu seakan usaha Arab Saudi untuk mengaburkan rekod hak asasi manusianya melalui sukan.

Namun kerajaan itu menafikan tuduhan pelanggaran hak asasi manusia dan menegaskan pihaknya sedang melindungi keselamatan negara dari pelampau dan pelaku luar.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan