Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

18 peminat kelab Olympique de Marseille ditahan polis setelah ceroboh tapak latihan

Polis Perancis di Marseille menahan 18 orang pada Ahad (31 Jan) setelah ratusan peminat menyerbu tempat latihan kelab bola sepak Perancis Olympique de Marseille pada Sabtu (30 Jan), kata pihak pendakwa tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
18 peminat kelab Olympique de Marseille ditahan polis setelah ceroboh tapak latihan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Jan 2021 10:00PM Dikemas Kini : 31 Jan 2021 10:01PM

MARSEILLE: Polis Perancis di Marseille menahan 18 orang pada Ahad (31 Jan) setelah ratusan peminat menyerbu tempat latihan kelab bola sepak Perancis Olympique de Marseille pada Sabtu (30 Jan), kata pihak pendakwa tempatan.

Penyokong tegar kelab bola sepak itu mengadakan bantahan terhadap kepimpinan dan keputusan mengecewakan yang diperolehi kelab itu. Para penyokong menyerbu masuk ke tempat latihan Commanderie sambil melemparkan mercun.

Perlawanan kelab itu menentang Stade Rennais pada petang Sabtu terpaksa ditangguhkan.

Marseille mengutuk "tindakan keganasan itu" dan menyatakan bahawa ia menyebabkan kerosakan bernilai ratusan ribu euro.

Kesemua 18 individu yang ditahan adalah orang dewasa, kata pendakwa Dominique Laurent dalam satu kenyataan.

Marseille berada di tempat ketujuh dalam Ligue 1, 14 mata di belakang kelab Olympique Lyonnais dan gagal mara ke peringkat pasukan dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan