Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

16,000 penyokong banjiri perlawanan pembukaan Euro 2020

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada tahun lalu ditangguhkan dek penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
16,000 penyokong banjiri perlawanan pembukaan Euro 2020

Penyerang pasukan Itali, Lorenzo Insigne, menjaringkan gol ketiga pasukan beliau. (Gambar: Alberto Lingria/Pool Photo via AP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 05:30PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 05:35PM

ROME: Selepas ditangguhkan tahun lalu, kejohanan bola sepak Euro 2020 akhirnya dilancarkan di Rome, Itali.

Upacara pembukaan kejohanan itu dimulakan dengan pertunjukan bunga api yang memeriahkan stadium Stadio Olimpico yang terletak di ibu kota negara itu.

16,000 penyokong bola sepak membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pasukan tuan rumah menentang Turki.

Itali akhirnya menang 3-0.

Lagi 50 perlawanan Euro 2020 akan diadakan di merata bandar Eropah sebelum juaranya bakal dinobatkan di London, pada 11 Julai nanti.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada tahun lalu ditangguhkan dek penularan COVID-19.

Sejauh ini, lebih sejuta penduduk eropah telah terkorban akibat COVID-19, termasuk 127,000 orang di Itali.

Sumber : CNA/AA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan