Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

10 bekas bintang bola sepak dunia bakal beraksi dalam Perlawanan Amal Pilihan JDT

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa Perlawanan Amal 'All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ dan Pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menampilkan lebih 10 bekas pemain bola sepak terkemuka dari seluruh dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
10 bekas bintang bola sepak dunia bakal beraksi dalam Perlawanan Amal Pilihan JDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 06 Jun 2019 11:42PM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 11:46PM

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa Perlawanan Amal 'All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ dan Pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menampilkan lebih 10 bekas pemain bola sepak terkemuka dari seluruh dunia.

Demikian dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter rasmi beliau.
Perlawanan amal bola sepak itu akan berlangsung di Larkin pada 30 Jun ini.

Antara bintang bola sepak itu termasuklah legenda Portugal, Luis Figo, bekas pemain kebangsaan Brazil, Roberto Carlos dan Bebeto, bekas penyerang Argentina, Claudio Caniggia, bekas pemain bola sepak Itali, Marco Materazzi serta bekas pemain sayap Arsenal, Robert Pires.

“Sesi bersama penyokong untuk bagi mendapatkan autograf dan bergambar turut diadakan.

“Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women's Aid Organisation,” menurut Tunku Ismail.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan