Images
  • sports clash
    Penyokong Wydad Casablanca sebelum perlawanan pasukan itu menentang Al-Ahly dari Mesir pada 4 Nov 2017 di Stadium Mohamed V dekat Casablanca. (Gambar fail: FADEL SENNA/AFP)

1 maut, 5 cedera dalam keganasan bola sepak di Maghribi

RABAT: Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera selepas penyokong dua pasukan seteru sengit bola sepak di kota Maghribi, Casablanca, bergaduh setelah keputusan perlawanan terikat seri. Demikian menurut penguasa setempat pada Rabu (25 Sep).

Menurut pihak berkuasa: "Sekumpulan penyokong kelab Wydad Casablanca menghentikan kenderaan yang membawa peminat AS FAR Rabat, melempar batu dan menjadikan keadaanya bertambah buruk".

Mereka berkata seorang mati akibat kecederaannya setelah "terjatuh dari atas kenderaan itu" dan lima lagi mangsa dimasukkan ke hospital.

Polis memberkas enam orang berhubung keganasan itu.

Keganasan bola sepak menjadi perkara lumrah di Maghribi, meragut jiwa ramai penyokong pada Mac 2016. Ekoran itu, pihak berkuasa menguatkuasakan peraturan sementara ke atas kelab-kelab penyokong radikal.  

- AFP/FZ/fz

Top