Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Wondergirls FC sekali lagi juarai kategori terbuka perempuan Liga Delta

Memupuk disiplin dan kerjasama menerusi bola sepak selain meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan jenayah dalam kalangan belia. Demi mencapai matlamat itu, kejohanan Delta League terus diajurkan SPF dan NCPC, yang kini mencecah edisi ke-18.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Memupuk disiplin dan kerjasama menerusi bola sepak selain meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan jenayah dalam kalangan belia.

Demi mencapai matlamat itu, kejohanan Delta League terus diajurkan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC), yang kini mencecah edisi ke-18.

Kejohanan bola sepak Delta League menarik sekitar 1,930 pemain mewakili 114 pasukan.

Mereka bersaing dalam tiga kategori - Lelaki Bawah 15 tahun dan Bawah 17 tahun dan Terbuka Perempuan. Liga tersebut adalah kejohanan bola sepak yang terbesar dalam kalangan belia tempatan.

Salah seorang pesertanya ialah Khairunnisa Khairol Anwar, 16 tahun.

Meskipun pada mulanya beliau sekadar ingin mencuba, pengalaman dan pengajaran yang diperolehi pelajar Sekolah Menengah Dunman itu semasa cuti sekolah tidak dapat dilupakan.

Ini lebih-lebih lagi kerana pasukannya, Wondergirls FC muncul juara kategori Perempuan pada 2016.

Selain bermain bola sepak, para pesertanya melibatkan diri dalam Program Pelibatan Masyarakat untuk membantu menyebarkan mesej pencegahan jenayah kepada masyarakat.

"Saya merasa amat teruja untuk berada di sini kerana Liga Delta ada banyak manfaat dari segi kesihatan dan juga ia beri saya peluang untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah bersama teman-teman saya. Kami juga menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti video untuk mencegah jenayah," kata Khairunnisa.

Kejohanan Delta League diadakan dua kali setahun.

Perlawanan terakhirnya berlangsung di Hab Tampines Kita pada Sabtu (21 Dis).

Pasukan Khairunnisa Wondergirls FC sekali lagi muncul juara kategori terbuka perempuan selepas menumpaskan pasukan Marsiling CSC FC.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan