Images
  • long pants
    (Petikan video ihsan: SDC)

Wisma Teroka S'pura tayang 3 filem pendek karya pelajar setempat

SINGAPURA: Tiga filem pendek yang dihasilkan para pelajar Politeknik Temasek akan ditayangkan di Wisma Teroka Singapura atau Singapore Discovery Centre.

Para pelajar tahun akhir Politeknik Temasek mengambil masa setahun untuk menyiapkan tiga filem pendek itu - tentang percintaan, nasib keluarga berpendapatan rendah dan saat genting dalam sejarah Singapura.

Salah satu filemnya berjudul "Long Pants", berdasarkan pengalaman sebenar seorang pelajar.

Ia kisah perjuangan seorang pelajar lelaki yang ingin memenuhi permintaan terakhir ayahnya melihat dia dinaikkan ke Menengah 3.

Dua lagi filem yang terpilih berjudul "Bangkit" dan "Unconditional Love". Kesemua filem itu mendapat separuh biayanya dari Wisma Teroka Singapura.

Filem-filem pendek itu akan ditayangkan secara percuma di Wisma Teroka Singapura mulai 1 Julai ini.

- CNA/HA/tq

Top