Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

St Joseph's Institution juara Bahas 4PM 2019

Pasukan St Joseph's Institution (SJI) menjuarai peringkat akhir Bahas 4PM peringkat pos menengah tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
St Joseph's Institution juara Bahas 4PM 2019

Institut St Joseph's digelar juara Bahas 4PM pada tahun ini.

SINGAPURA: Pasukan St Joseph's Institution (SJI) menjuarai peringkat akhir Bahas 4PM peringkat pos menengah tahun ini.

Kemenangan mereka itu lebih manis lagi kerana SJI bukan sahaja memasuki pertandingan Bahas 4PM buat kali pertama, malah pembahas terbaik keseluruhan dimenangi Muhammad Rizq Irfandi Zunadi, juga dari sekolah itu.

SJI sebagai pihak penyanggah menumpaskan pasukan Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang merupakan juara bertahan selama dua tahun berturut-turut.

Peringkat akhir pertandingan yang dirakam di studio Mediacorp dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Encik Amrin Amin.

MENGENALI SEJARAH DENGAN LEBIH DEKAT

Bertemakan 200 tahun Singapura sejak kedatangan Sir Stamford Raffles, Madrasah Aljunied sebagai pihak pencadang mempertahankan mauduk perbahasan iaitu "Ekonomi Dijulang, Sejarah Dilupakan."

Meskipun, kedua-dua institusi dapat mengetengahkan hujah dengan baik, namun pembahas SJI terbukti lebih mampu menyampaikan hujahan dan membidas hujahan lawan dengan lebih berkesan.

"Kami sebagai satu kumpulan telah mempelajari pelbagai unsur-unsur sejarah atau fakta-fakta sejarah yang kami tidak pun pernah mendengar dan acara dwiAbad pada tahun ini telah banyak memberikan peluang kepada warga setempat untuk mempelajari fakta fakta dan unsur-unsur sejarah," kongsi Nadim Nazri, salah seorang pembahas dari SJI, bersama BERITAmediacorp.

Institut St Joseph's digelar juara Bahas 4PM pada tahun ini.

SJI turut diwakili seorang lagi pembahas - Kamal Asyraf Kamil Jumat.

Pasukan Madrasah Aljunied pula dianggotai Danniesh Asyraff Mohsain, Muhammad Akmal Sufyan Chua, Muhammad Safwan Chua, Abdul Hakam Nor Razak dan Reza Idani Zainal Abidin.

SJI membawa pulang piala pusingan Hawazi Daipi serta baucar $1,000 dan piala individu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan