Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Petinju S'pura Muhammad Ridhwan kini juara IBO Antara Benua kelas featherweight

Petinju Singapura sekali lagi mencipta sejarah dengan merangkul kejuaraan Antara Benua Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) bagi kelas kelas feather di Stadium Tertutup Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Petinju S'pura Muhammad Ridhwan kini juara IBO Antara Benua kelas featherweight

Petinju Singapura Muhammad Ridhwan, dikenali sebagai The Chosen Wan. (Gambar: Jonathan Yeap / Facebook Muhammad Ridhwan)

SINGAPURA: Petinju Singapura sekali lagi mencipta sejarah dengan merangkul kejuaraan Antara Benua Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) bagi kelas feather di Stadium Tertutup Singapura.

Muhammad Ridhwan, atau lebih dikenali dengan gelaran sebagai The Chosen Wan dalam gelanggang, mengalahkan lawannya Jeson Umbal dari Filipina dalam pertarungan malam semalam (20 Apr).

Ridhwan yang berusia 30 tahun menang dengan mata 117-111, 116-112, 114-114.

Ketika dihubungi BERITAMediacorp, beliau menyifatkan pertarungan tersebut sebagai "perlawanan yang baik dan menimba pengalaman yang baik bagi membantu saya dengan perlawanan yang lebih sengit pada masa depan."

Menurut Ridhwan, semasa perlawanan tersebut, beliau berkata kepada dirinya untuk terus memberikan tumpuan dan mendengar arahan pegawai sudut (cornerman) dan jurulatih beliau, Rey Caitom.

"Saya tahu separuh jalan, beliau (Umbal) tidak mempunyai idea lagi bagaimana untuk mengalahkan saya. Jadi saya hanya kekal agresif tetapi masih berhati-hati," cerita Ridhwan kepada BERITAMediacorp.

Setelah diisytiharkan menang, petinju negara itu berkata beliau amat gembira kerana ramai yang menjayakan kemenangan itu, termasuk promoter beliau Scott, serta jurulatih Rey dan Arab.

"Mereka sudah banyak berkorban dan apabila melihat mereka bersenyum, dan membuatkan rakyat Singapura bangga, itulah kepuasan paling besar," kata Ridhwan kepada BERITAMediacorp.

Menurut The Chosen Wan, selepas kemenangan ini, beliau akan berehat daripada bertinju selama dua minggu dan akan bermesyuarat dengan pasukannya dalam masa seminggu dua lagi untuk meninjau perlawanan masa depan.

Dengan kemenangan ini, ia meletakkan Ridhwan sebagai layak bagi menyertai kejuaraan dunia. Namun menurutnya, untuk kejuaraan peringkat dunia, beliau harus menentang pemenang daripada pertarungan antara petinju Mexico dan Filipina yang akan berlangsung pada Julai ini.

Sebelum itu, beliau berharap untuk bertarung dalam dua lagi perlawanan lagi sebelum beraksi pada Kejuaraan Dunia pada September nanti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan