Images
  • dpm heng youth award
    (Gambar: NYC)

Pemerintah komited bekerjasama dengan belia dalam pembangunan negara, kata DPM Heng

SINGAPURA: Pemerintah komited untuk bekerjasama dengan golongan belia dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini (3 Nov).

Encik Heng berkata demikian di majlis penyampaian Anugerah Belia Singapura hari ini yang mengiktiraf tujuh belia yang cemerlang dalam bidang masing-masing dan berjaya mencetuskan perubahan dalam masyarakat.

Encik Heng melahirkan rasa yakin terhadap masa depan negara setelah melihat nilai-nilai dan semangat para penerima anugerah itu untuk meneroka, berusaha dengan cemerlang dan menjaga serta berkhidmat untuk orang lain dan juga sekitaran.

Beliau menambah, beliau juga akan melibatkan golongan belia bagi Belanjawan negara akan datang untuk mencungkil idea-idea mereka dan mengenal pasti peluang-peluang bekerjasama.

Beliau turut mendedahkan Pemerintah sudah melibatkan lebih 40,000 anggota belia sejak Mei di bawah Pelan Tindakan Belia untuk membina visi Singapura yang diingini pada 2025.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC), sesi pelibatan berkenaan membuktikan bahawa golongan belia peka dalam membangunkan masyarakat yang inklusif dan prihatin.

PESILAT NEGARA ANTARA PENERIMA ANUGERAH

Pesilat negara Sheik Farhan Sheik Alau'ddin antara tujuh belia yang menerima Anugerah Belia Singapura tahun ini.

Jumlah penerima Anugerah Belia Singapura tahun ini juga merupakan yang tertinggi sejak ia diperkenalkan pada 1975. 

- CNA/BERITAmediacorp/RU/tq

Top