Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan bawah 23 tahun S'pura lawan Myanmar, cuba layakkan diri ke Sukan Asia

Perlawanan tersebut mungkin dapat menyokong rayuan FAS kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) untuk menyertakan pasukan bola sepak dalam kontinjen Team Singapore bagi Sukan Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bawah 23 tahun S'pura lawan Myanmar, cuba layakkan diri ke Sukan Asia

(Gambar: FAS)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 05:13PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 05:27PM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura akan menentang Myanmar dalam satu perlawanan genting pada 20 Jun, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Perlawanan tersebut mungkin dapat menyokong rayuan FAS kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) untuk menyertakan pasukan bola sepak dalam kontinjen Team Singapore bagi Sukan Asia.

Menurut laporan media pada Mei, pasukan bawah 23 tahun Singapura gagal dicalonkan oleh SNOC untuk bertanding dalam temasya sukan tersebut.

Untuk dicalonkan, para atlit perlu memenuhi "kriteria pemilihan iaitu menduduki tempat keenam di peringkat Asia," menurut SNOC.

Tarikh akhir untuk Persatuan Sukan Kebangsaan melayakkan diri bagi Sukan Asia adalah 15 Jun, namun jurucakap SNOC memberitahu Mediacorp bahawa badan sukan itu "akan menimbangkan untuk melanjutkan tarikh akhir" bagi mereka yang bertanding selepas tarikh yang ditetapkan itu.

"Namun sebarang keputusan terkini perlu diserahkan sebelum tarikh akhir 30 Jun," tambah SNOC.


PERLAWANAN YANG SUKAR DIANJURKAN

Menganjurkan perlawanan yang dijadual bermula pada 8.00 malam itu bukan sesuatu yang mudah dianjurkan, dengan FAS mengalami kesukaran mencari pasukan lawan untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu. Namun, badan tersebut akhirnya berhasil mengadakan perlawanan menentang Myanmar walaupun jadualnya padat.

Sungguhpun demikian, ketua jurulatih pasukan Singapura Fandi Ahmad, tetap postifi dan menyifatkan perlawanan menentang Myanmar ini sebagai satu "peluang yang baik".

"Perlawanan menentang Myanmar ini memberi peluang yang baik bagi para pemain kami yang telah bermain bagi kelab masing-masing dalam Liga Perdana Singapura (SPL), untuk menimba pengalaman bola sepak antarabangsa."

"Ia satu ujian baik untuk kita, namun dengan sokongan peminat, kami yakin dapat mempamerkan yang terbaik apabila menentang antara pasukan terbaik Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Fandi.


Berikut adalah barisan pemain Singapura:

Penjaga Gawang: Hairul Syirhan, Zharfan Rohaizad (Young Lions)

Pemain Pertahanan: Adam Hakeem, Irfan Fandi, Syahrul Sazali (Young Lions), Amirul Adli (Tampines Rovers), Faizal Roslan (Home United), Hafiz Sulaiman (Warriors), Illyas Lee (Hougang United), Darren Teh (Geylang International)

Pemain Midfield: Haiqal Pashia, Hami Syahin, Joshua Pereira, Zulqarnaen Suzliman (Young Lions), Shameer Aziq, Zulfadhmi Suzliman (Tampines Rovers), Ammirul Emmran (Warriors), Muhaimin Suhaimi (Hougang United), Noor Akid Nordin (Balestier Khalsa)

Pemain Penyerang: Ikhsan Fandi (Young Lions), Akbar Shah Zainudeen (Balestier Khalsa), Amiruldin Asraf (Home United)  

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan