Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pameran online terbesar Muzium Negara tampilkan 140 karya bertemakan COVID-19

Sebuah pameran seni online terbesar anjuran Muzium Negara Singapura (NMS) dilancarkan pada Isnin (5 Okt), yang menggabungkan 140 karya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah pameran seni online terbesar anjuran Muzium Negara Singapura (NMS) dilancarkan pada Isnin (5 Okt), yang menggabungkan 140 karya.

Pameran #NEVERBEFORESG mendalami interpretasi 91 karyawan dari pelbagai latar belakang dalam menghadapi COVID-19.

Pameran online itu berlangsung buat julung-julung kalinya dan merupakan yang terbesar dengan penampilan karya 91 seniman tempatan dalam sembilan kategori termasuk seni bina, lukisan, gambar dan fesyen.

Malah, orang ramai dapat berinteraksi melalui sebuah permainan maya membunuh virus korona dengan kelipan mata berjudul 'Zombie Pandemic' yang menggunakan 'filter' Instagram.

KEHIDUPAN SEMASA 'CIRCUIT BREAKER' DARI SUDUT 91 SENIMAN

Setiap karya memaparkan perspektif setiap peserta dalam mengharungi kehidupan di tengah-tengah pandemik COVID-19, khususnya semasa 'Circuit Breaker'. Antaranya, personaliti terkenal dan bekas pengadil Singapore Idol, Dick Lee yang turut berkongsi bakat melukisnya dengan sumbangan beberapa lukisan.

Menerusi acara ini, pihak muzium berharap ia dapat menyokong penggiat seni tempatan dengan menyediakan wadah untuk berkarya.

"Kami juga ingin menggalakkan orang ramai untuk merenungkan pengalaman mereka sendiri dalam mengharungi kehidupan di sebalik pandemik COVID-19 di Singapura ini," kata Encik Iman Ismail, kurator NMS.

Penulis Nabilah Said, 35 tahun, misalnya menghasilkan pantun kreatif lapan kerat berjudul 'Telling' yang cukup simbolik.

(Gambar: Instagram/Nabilah Said)

(Gambar: Instagram/Nabilah Said)

"Saya tidak mahu menulis pantun cinta yang konvensional atau yang 'corny', saya gunakan Bahasa COVID-19. Misalnya saya tulis ayat ini "My QR code is a hear scanner:", jadi boleh tak kita mengimbas hati kekasih kita jadi kita boleh dapat isi hati dia. Jadi macam ada kod QR di hati dia," jelas Nabilah yang sebelum ini telah menghasilkan banyak pementasan.

MAHU TIMBULKAN RASA SYUKUR MENERUSI KARYA

Dengan lebih 100,000 pengikut di Instagram secara keseluruhan, pasangan kembar Yais dan Yafiq Yusman, 27 tahun pula merakamkan suasana sepi semasa dan selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan menerusi gambar dan video.

(Gambar: Facebook/Yais & Yafiq Yusman)

(Gambar: Facebook/Yais & Yafiq Yusman)

"Mesej yang ingin saya sampaikan ialah supaya masyarakat seharusnya lebih bersyukur dengan apa yang mereka ada kerana segelintir orang di luar sana, kebanyakannya seorang diri," kata Yais yang menghasilkan karya bertajuk 'Alone'.

Yafiq pula mengambil gambar yang bertemakan gelap semasa 'Circuit Breaker' sebagai mencerminkan emosi waktu itu.

"Selepas circuit breaker, saya mengambil gambar yang lebih cerah untuk memberi orang ramai sesuatu perangsang jadi kita memulakan satu norma baru," kata Yafiq yang memberi judul 'Dark and Light' bagi siri gambar yang dipetiknya.

Anda boleh mengalami sendiri pameran #NEVERBEFORESG di neverbefore.sg sehingga 31 Januari 2021.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan