Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nur Hazeem Abdul Naseer satu-satunya penerima Melayu/Islam bagi Biasiswa PSC

Nur Hazeem Abdul Naseer tersenarai sebagai satu-satunya anak Melayu/Islam, daripada 71 penerima yang dianugerahkan biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Nur Hazeem Abdul Naseer tersenarai sebagai satu-satunya anak Melayu/Islam, daripada 71 penerima yang dianugerahkan biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini.

Nur Hazeem akan melanjutkan pendidikannya ke Kolej Yale-NUS dalam bidang Perbandaran, mulai tahun depan.

BERITAMediacorp bertemu dengan pelajar cemerlang itu untuk mencungkil apakah antara kelebihan beliau sehingga terpilih sebagai penerima Biasiswa berprestij itu.

NUR HAZEEM PELOPORI ALITTLECHANGE

Memupuk semangat memberi dalam kalangan masyarakat.

Itulah matlamat di sebalik satu kajian sosial yang dikendalikan Nur Hazeem Abdul Naseer tahun lalu menerusi badan tidak mencari keuntungan yang beliau tubuhkan, ALittleChange.

ALittleChange ditubuhkan pada tahun 2015 untuk membantu golongan memerlukan.

Antara inisiatif yang dilakukan persatuan beliau termasuk mengagih-agihkan habuan kepada golongan kurang berkemampuan sewaktu musim perayaan.

Malah, suatu peristiwa yang dialami Hazeem cukup menyentuh hatinya.

Ketika itu, Hazeem mahu menolong seorang kanak-kanak perempuan miskin yang bersama keluarganya sedang memungut sampah. Namun sebaliknya, Hazeem pula yang menerima kejutan.

"Apabila saya menolong mereka, budak itu kasi saya satu beruang teddy. Dan peristiwa itu amat istimewa kerana budak itu serba kekurangan tetapi dia masih bersikap murah hati. Itu mengukuhkan minat saya untuk meneruskan ALittleChange," ujar Hazeem.

TERPILIH DARI LEBIH 2,000 PEMOHON

Selain daripada itu, keihsanan terhadap pekerja pembersih yang dipaparkan kedua-dua ibu-bapanya juga memberi inspirasi kepada bekas pelajar Maktab Rendah Anglo-Chinese itu untuk menyertai persatuan-persatuan kebajikan di sekolah.

"Kita mesti memberi perhatian bukan sahaja dalam sokongan kesihatan tetapi dalam sokongan bentuk sosial pun. Dengan pengalaman saya dalam sukarela, saya percaya saya boleh membantu dalam dasar-dasar yang amat relevan di dalam isu ini," katanya lagi.

Semangat kesukarelawanan yang diperjuangkan Hazeem, yang merupakan antara pelajar cemerlang dalam GCE 'A' tahun ini, merupakan antara ciri yang membuatkannya layak terpilih sebagai penerima Biasiswa PSC tahun ini.

Lebih tepat lagi, beliau di kalangan 71 sahaja yang terpilih mendapat biasiswa itu, daripada lebih 2,000 pemohon.

Hazeem berharap untuk menyertai sektor perkhidmatan awam demi memperluaskan usaha murni itu, selepas tamat pengajian di Kolej Yale-NUS nanti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan