Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC rancang bentuk persatuan untuk sokong instruktor dan jurulatih

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyatakan pada Isnin (13 Ogos) ia merancang untuk membentuk sebuah persatuan baru untuk menyokong para instruktor dan jurulatih.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC rancang bentuk persatuan untuk sokong instruktor dan jurulatih

Gambar fail pelajar sedang bermain bola sepak (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Aug 2018 08:26PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 03:35PM

SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyatakan pada Isnin (13 Ogos) ia merancang untuk membentuk sebuah persatuan baru untuk menyokong para instruktor dan jurulatih.

Persatuan Instruktor dan Jurulatih Kebangsaan (NICA) bertujuan untuk menjaga keperluan golongan yang mengajar bidang-bidang sukan, muzik, kecergasan, tarian dan kesejahteraan di sekolah dan dalam masyarakat.

Mereka membentuk sekitar 5,000 pekerja bebas sepenuh masa termasuk para jurulatih di Sport Singapore dan Persatuan Rakyat serta yang mengajar kegiatan luar darjah di sekolah-sekolah.

"NTUC bekerjasama dengan pelbagai kumpulan jurulatih dan instruktor dan kami sedar bahawa mereka menghadapi isu-isu dan keperluan latihan serupa," kata penolong ketua pengarah NTUC dan pengarah Unit Pekerja Bebas dan Pekerja Sendiri Ang Hin Kee.

Beliau menambah, disebabkan jenis tugas mereka, jurulatih dan instruktor ini terdedah kepada kecederaan fizikal atau penyakit yang boleh menyebabkan mereka tidak berupaya bekerja selama berminggu-minggu tanpa pendapatan.

Maka itu, NICA akan memperkenalkan pelan insurans untuk memenuhi keperluan mereka, sejajar dengan saranan yang dibuat oleh Kumpulan kerja Perikatan Tiga Pihak mengenai Pekerja Sendiri.

Para anggota NICA akan dapat memanfaatkan potongan harga premium sehingga 50 peratus bagi produk insuran cuti sakit berpanjangan dalam tahun pertama. NTUC menyatakan, lebih banyak butir tentang penyedia dan produk insurans akan diumumkan kelak.

Para anggota juga boleh menikmati faedah NTUC yang "menyeluruh" termasuk perlindungan insurans bagi kematian atau kehilangan upaya, satu baucar latihan S$250 bagi kursus-kursus, serta tawaran dan potongan harga dengan rakan-rakan dagang. Yuran penyertaan adalah S$117 setahun.

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan