Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Night of Power' ajak belia bincang peranan, cabaran secara terbuka

Membincangkan tentang cabaran dan peranan belia hari ini, sambil mengongsi tips dan huraian terbaik untuk menanganinya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Membincangkan tentang cabaran dan peranan belia hari ini, sambil mengongsi tips dan huraian terbaik untuk menanganinya.

Itulah antara intipati perbincangan belia dalam acara tahunan 'Night of Power' yang diadakan di Masjid Sultan, malam semalam (9 Jun).

BINCANG TENTANG BELIA SECARA TERBUKA

Acara yang dikhususkan untuk para belia ini dianjurkan setiap bulan Ramadan, dan pada tahun ini ia membawa tema 'Semarak Langkah, Berjiwa Rahmah: Rahmah Bermula Daripada Saya'.

'Night of Power' tahun ini memberi tumpuan kepada tiga aspek penting - iaitu Memperkukuhkan Institusi Keluarga, Prihatin Terhadap Masyarakat dan Prihatin Terhadap Alam Sekitar.

Seramai 100 belia menghadiri sesi perbincangan belia 'Ramadan Youth Talk' yang dikendalikan sendiri oleh Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Ia antara lain menyentuh tentang peranan yang boleh dimainkan oleh golongan belia demi kemaslahatan sesebuah masyarakat yang berbilang agama dan budaya seperti Singapura, selain menyediakan peluang dan sokongan untuk belia saling mengongsi pandangan mereka dengan cara yang sihat dan positif.

"Saya mengimpikan masyarakat kita masyarakat yang mempunyai rahmah terhadap golongan belia kita dalam erti kata kita memberikan mereka peluang, untuk ke hadapan membina kecermerlangan, mengukuhkan keperibadian.

"Dalam masa yang sama menjadi aset kepada satu masyarakat, kita memerlukan kerja keras, memerlukan pengetahuan dan kita boleh bergerak bersama ke arah itu," tekan Dr Mohamed Fatris Bakaram.

PERANAN KUMPULAN SOKONGAN DALAM BANTU BELIA

Segmen ini turut disertai oleh dua lagi asatizah mapan, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar dan Ustaz Muhammad Zahid Zain.

Aktif dan berpengalaman luas dalam mengendalikan program-program remaja, Ustaz Zaid turut menekankan pentingnya peranan kumpulan sokongan dalam membantu para remaja menangani masalah.

"Saya berpendapat bahwa kita perlu memberikan mereka kumpulan-kumpulan sokongan yang baik sama ada dari keluarga, teman-teman, sahabat, kerana tanpa sokongan yang baik yang mereka perlukan sekarang ini, berkemungkinan permasalahan mereka itu.

"Kalau tidak dapat dijawabkan pun, sekurang-kurangnya kita mampu mendokong mereka sampai mereka keluar daripada permasalahan tersebut," kongsi Ustaz Zaid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Youth Forum.

GALAK PEMIKIRAN ALTERNATIF

Pengerusi Ramadan Youth Challenge, Encik Mohammad Hafiz Bin Abdul Jabbar berkongsi bagaimana beliau sendiri dapat meraih pelbagai tips dan manfaat menerusi sesi perbincangan yang diadakan.

“Perkongsian pada sesi ini amat bermakna pada diri saya. Sebagai belia kita sentiasa mempunyai perspektif serta pendirian sendiri dan lazimnya tidak terbuka untuk mendengar pandangan yang berbeza.

"Namun menerusi sesi malam ini, kita dapat perolehi pemikiran alternatif daripada pembentangan isu-isu yang dekat dengan hati dari barisan individu yang lebih matang dan berpengalaman, seperti Mufti.”

"Night of Power" ini turut menampilkan Qiyamul Lail yang diakhiri dengan kuliah subuh oleh Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan