Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI lancar buku panduan bagi mentor belia

Pejabat Mentor Belia MENDAKI lancar 'The Gift of Mentoring: A Guide for Mentors’, sumber panduan perkasa belia jadi pendamping.

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI lancar buku panduan bagi mentor belia

Mentor belia MENDAKI membelek buku panduan yang dilancarkan YMO pada 23 Okt 2021 (Gambar: Yayasan MENDAKI)

SINGAPURA: Pejabat Mentor Belia (YMO) MENDAKI melancarkan satu buku panduan pada Sabtu (23 Okt) sebagai sumber rujukan yang melengkapi latihan para mentor belia setempat.

Berjudul ‘The Gift of Mentoring: A Guide for Mentors’ atau 'Anugerah Mentoring: Satu Panduan buat Mentor', ia dilancarkan Setiausaha Parlimen Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan, Rahayu Mahzam semasa acara Amalan Masyarakat (COP) YMO yang diadakan secara hibrid di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat, kata MENDAKI dalam satu kenyataan pada Ahad (24 Okt).

Lebih 20 mentor menghadiri sesi tersebut dengan lagi 50 menyaksikannya melalui wadah, Zoom.

“Belia kita memainkan peranan penting dalam masa depan Singapura dan masyarakat Melayu/Islam kita," kata Cik Rahayu yang juga Pengerusi bagi Bidang Fokus 3 M³.

"Kami mahu menyokong belia kita dan membangunkan kekuatan serta keupayaan mereka melalui program memperkasa dan menawarkan sumber-sumber baik untuk meletakkan mereka dalam kedudukan lebih baik agar bersedia dalam perjalanan mereka menjadi mentor."

Buku panduan tersebut mengandungi pelbagai sumber dan teknik bagi membimbing mentor dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik selain melengkapi mereka dengan pengetahuan berhubung sumber masyarakat bagi menjalin hubungan dengan menti mereka.

Ia melengkapi program latihan wajib Pementoran Berpusatkan Bakat (GCM) bagi mentor sebelum mereka mulakan perjalanan mendampingi belia.

Buku tersebut disambut baik oleh mentor seperti Eva Andreanna, seorang jururawat 37 tahun yang terlibat dalam Program Memperkasa @ ITE.

Kata beliau: "Buku manual mentor ini adalah rujukan baik dalam perjalanan saya mendampingi (belia). Terdapat amalan baik dan tip yang boleh saya kongsi dengan dua belia yang saya dampingi."

Timbalaan CEO Mendaki, Cik Aidaroyani Adam, menekankan pentingnya peranan mentor dalam membentuk generasi belia masa depan.

"Buku panduan ini akan membekalkan mentor dengan sumber tambahan untuk membantu mereka. Saya galakkan mereka merebut peluang dan memperdalam hubungan dengan menti masing-masing," ujarnya.

Buku panduan yang diterbitkan MENDAKI itu boleh diakses di laman berikut: https://www.mendaki.org.sg/wp-content/uploads/2019/12/The-Gift-of-Mentoring-A-Guide-for-Mentors.pdf

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan