Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Makin ramai belia tampil dapatkan bantuan tangani masalah mental

Lebih ramai belia tampil untuk mendapatkan bantuan bagi menangani masalah mental. Mereka juga cuba mengamalkan rawatan alternatif dan bukan sahaja bergantung kepada ubat-ubatan serta kaunseling psikiatri untuk menangani keadaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2019 05:49PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 10:47PM

SINGAPURA: Lebih ramai belia tampil untuk mendapatkan bantuan bagi menangani masalah mental.

Mereka juga cuba mengamalkan rawatan alternatif dan bukan sahaja bergantung kepada ubat-ubatan serta kaunseling psikiatri untuk menangani keadaan mereka.

"Bagi orang muda, sebahagian tekanan yang dialami adalah unik. Mereka mengalami tekanan pelajaran, isu hubungan menjejas golongan muda ini atau buli di media sosial, yang mengakibatkan banyak teknan di kalangan orang muda," kongsi Dr Swapna Verma dari Institut Kesihatan Mental (IMH).

Salah sebuah institusi yang memberikan penekanan terhadap sokongan rakan-rakan bagi membantu mereka yang mengalami masalah mental ialah Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Ia mempunyai lima kaunselor sepenuh masa dan dibantu sekitar 80 mahasiswa yang dilatih untuk mengesan sebarang masalah mental dalam kalangan mahasiswa.

Mereka juga menyediakan sebuah ruang khas di mana para mahasiswa SMU boleh berehat sejenak dari hiruk-pikuk dan tekanan kehidupan.

Terapi altenatif juga kian mendapat tempat, misalnya, dengan melakukan kegiatan seperti muzik dan seni.

Pada dasarnya, matlamat yang hendak dicapai adalah untuk meyakinkan para belia bahawa mereka tidak perlu menghadapi masalah mental sendirian. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan