Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak peluang untuk lulusan ITE dapatkan diploma

Rancangan Hala Tuju ITE yang baru akan meningkatkan keupayaan para pelajar ITE menyesuaikan diri dalam trend tenaga kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak peluang untuk lulusan ITE dapatkan diploma

Petikan gambar Google Street View kampus ITE di Ang Mo Kio.

Diterbitkan : 20 Jan 2020 09:11PM Dikemas Kini : 20 Jan 2020 09:14PM

SINGAPURA: Rancangan Hala Tuju ITE yang baru akan meningkatkan keupayaan para pelajar ITE menyesuaikan diri dalam trend tenaga kerja.

40 kursus diploma akan diperkenalkan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan 10 daripadanya diperkenalkan tahun ini.

Rancangan Hala Tuju ITE bertujuan untuk menyediakan laluan lebih baik kepada para pelajar dan graduan.

Perangkaan daripada tinjauan pengambilan kerja para graduan baru-baru ini menunjukkan gaji median para lepasan ITE naik hampir tiga kali ganda dalam tempoh sedekad sejak 2007.

Edisi hala tuju keenam ini ingin mencari jalan lebih baik untuk meningkatkan kemahiran para pelajar melalui 40 program diploma yang disediakan menjelang 2025.

Trend dalam tenaga kerja seperti pekerjaan hibrid iaitu yang memerlukan para pekerja berkebolehan dalam beberapa bidang semasa memegang satu pekerjaan juga adalah antara perkara yang ingin ditangani.

Setiap pelajar ITE juga mesti mengambil modul berkaitan data analisis memandangkan bidang itu memainkan peranan besar pada masa akan datang.

Rancangan Hala tuju lima tahun itu akan disemak sedang tenaga kerja berubah-ubah sepanjang masa.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan