Images
  • jta award
    (Gambar: Mediacorp)

Lebih 140 pelajar Melayu/Islam terima Anugerah Tuisyen Bersama (JTA) badan-badan bantu diri

SINGAPURA: Seramai 144 pelajar Melayu/Islam diiktiraf dengan Anugerah Tuisyen Bersama (JTA) pada Sabtu (17 Ogos) atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan kebangsaan.

Mereka adalah antara 454 pelajar keseluruhan yang menerima anugerah oleh empat badan bantu diri setempat iaitu Yayasan MENDAKI, CDAC, Persatuan Serani (EA) dan SINDA.

Anugerah itu bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dan kemajuan dalam pelajaran yang diraih para pelajar yang mengikuti program tuisyen badan-badan bantu diri itu.

Sebanyak S$57,000 diagihkan tahun ini dalam bentuk baucar buku oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim. Setiap baucar bernilai S$100 hingga S$150 mengikut peringkat pendidikan pelajar.

Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata: "Sedang kita meraikan pencapaian anak-anak kita dalam pelajaran mereka, saya menggesa semua ibu bapa agar terus memainkan peranan aktif dalam menyokong pembangunan holistik anak-anak anda.

"Dengan memahami keupayaan dan minat anak-anak anda akan dapat bantu mereka membangun secara holistik dan membuka jalan untuk mencapai kejayaan."

16 pelajar dipilih untuk menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan.

Salah seorang daripadanya ialah Muhammad Firdaus Taufik, yang meraih kemajuan dalam gred matapelajaran Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan peringkat 'O'.


Firdaus kini melanjutkan pelajaran dalam kursus aeroangkasa elektronik di Politeknik Singapura.

"Tuisyen MENDAKI membantu saya kerana saiz kelasnya kecil dan ini membolehkan saya bertanyakan soalan kepada tutor MENDAKI, soalan-soalan yang mencabar bagi saya.

Dengan anugerah ini, ia memberi saya motivasi untuk terus menimba ilmu supaya dapat berbakti dalam bidang kejuruteraan," kata Firdaus. 

- BERITAmediacorp/tq

Top