Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Inisiatif beri suara kepada belia saran dasar Pemerintah

16 pemimpin belia dilantik hari ini (18 Mei) untuk mendekati golongan sebaya menerusi perbincangan dalam membentuk masa depan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2019 12:17AM Dikemas Kini : 19 May 2019 02:59PM

SINGAPURA: 16 pemimpin belia dilantik pada Sabtu (18 Mei) untuk mendekati golongan sebaya menerusi perbincangan dalam membentuk masa depan Singapura.

Para belia dari pelbagai bidang itu akan memimpin Pelan Bertindak Belia Singapura, satu inisiatif Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

100 belia menyertai sesi pertama siri perbincangan mengenai masa depan Singapura. Mereka akan bekerjasama dengan 16 panel pemimpin belia yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengaruh dalam media sosial hingga ke peringkat CEO.

Para belia itu akan diberi lebih banyak peluang untuk memberi saranan tentang dasar-dasar pemerintah. Mereka juga akan dapat bekerjasama dengan pemerintah untuk menghasilkan projek mengenai saranan-saranan yang dibentangkan mulai Ogos ini hingga Mac tahun depan.

"Saya rasa usaha Pelan Bertindak Belia Singapura dapat memberikan peluang kepada belia-belia ini mengambil langkah yang konkrit untuk membentuk dan membina Singapura yang mereka inginkan dan sayangi. Jadi saya rasa ini usaha yang bagus," kongsi seorang peserta. 

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan