Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Ini 3 di antara siswa Melayu/Islam cemerlang dari NUS, lulus dengan Kepujian Tertinggi

Tiga graduan Melayu/Islam NUS ini kongi rahsia kejayaan mereka dinobatkan sebagai antara graduan yang lulus dengan cemerlang tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hampir 11,000 graduan Universiti Nasional Singapura (NUS) menerima ijazah masing-masing dalam 23 majlis konvokesyen tahun ini, yang bermula petang tadi.

BERTAMediacorp bertemu dengan tiga graduan Melayu/Islam - Muhamad Ashsiddique, Muhammad Saifullah dan Nur Haseena - yang dinobatkan sebagai antara graduan yang lulus dengan cemerlang tahun ini, untuk menyelongkar rahsia kejayaan mereka.

MUHAMAD ASHSIDDIQUE: CIPTA ALAT PEMULIHAN ANGIN AHMAR

Muhamad Ashsiddique Omrul Hauk, pelajar cemerlang NUS (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

Malah, Ashsiddique, yang juga berjaya berada dalam senarai dekan bagi Fakulti Kejuruteraan, akan mewakili Singapura dalam sebuah persidangan serantau di Shanghai esok (13 Jul) dalam pertandingan Cabaran Inovasi Pelajar bagi Teknologi Bantuan.

"Pesakit-pesakit strok mereka mungkin kurang motivasi untuk melakukan fisioterapi mereka. Dengan alat itu, kita menggunakan manfaat permainan VR (Realiti Maya) untuk memberi motivasi pada masa yang sama mereka tidak perlu membuat perjalanan ke hospital, ini akan memudahkan mereka melakukan fisioterapi mereka.

"Saya berharap alat ini boleh dilaksanakan bukan sahaja di Singapura tetapi di negeri-negeri yang tidak mempunyai banyak kewangan bagi membantu pesakit-pesakit strok di negeri itu," kata Ashsiddique yang juga aktif dalam acara sukan di kampus.

MUHAMMAD SAIFULLAH: MINAT MENDALAM TERHADAP KECERDASAN BUATAN

Turut lulus dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Tertinggi ialah Muhammad Saifullah Jumari, yang berjaya menduduki senarai dekan selama empat semester di Fakulti Sains.

Beliau yang ditabal sebagai pelajar terbaik jurusan Fizik tahun lalu, juga meluangkan banyak masa membuat kerja-kerja sukarela sewaktu menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Muslim NUS (NUSMS).

Muhammad Saifullah Jumari (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

NUR HASEENA: CEMERLANG DALAM AKADEMIK & SENI PERSEMBAHAN

Seorang lagi pelajar Melayu cemerlang di NUS tahun ini ialah Nur Haseena Jupri. Beliau meraih Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Inggeris dan Sastera.

Walaupun baru sahaja belajar saksofon di kampus, Haseena berjaya mewakili kelab seni NUS dalam beberapa persembahan penting, malah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden bagi NUS Wind Symphony.

Nur Haseena Jupri (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

Turut mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perfileman dan hak kemanusiaan membuatkan Nur Haseena mendalami bidang tersebut dalam penulisan tesisnya.

"Saya rasa daripada apa yang saya telah belajar di dalam filem, di dalam sastera, saya boleh fikir dengan lebih kritikal sebagai contoh saya dapat belajar tentang gender isu-isu minoriti dan hak-hak mereka dengan lebih dalam," kongsi Haseena dengan pihak BERITAMediacorp.

Ketiga-tiga siswazah cemerlang ini juga merupakan penerima Biasiswa Sarjana Muda NUS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan