Images

Ikrar 55,000 belia diabadikan dalam kapsul masa sempena NDP

SINGAPURA: Sempena Hari Kebangsaan dua hari lagi (9 Ogos), para belia tempatan memberi hadiah istimewa kepada negara dalam bentuk 55,000 ikrar.

Ucap selamat dan harapan mereka yang diabadikan di kad-kad ikrar itu dimasukkan ke dalam kapsul masa setinggi 3.6 meter.

Penganjurnya berkata, ia adalah satu peringatan bahawa setiap ikrar dan sumbangan adalah penting.

Inisiatif ini sudah melepasi sasaran awalnya dengan lebih 70,000 ikrar terus diterima.

Ia akan dipamerkan di Muzium Negara sehingga Ogos 2021.

Para pengunjung juga boleh mempelajari tentang Singapura melalui permainan dan media sosial sempena pembukaan sebuah galeri pada Oktober.

Ia adalah kerjasama antara gerakan 'Art for Cause Singapore' dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2020 dengan disokong oleh Muzium Negara dan lebih daripada 50 agensi dan pertubuhan awam.

- CNA/SY/tq

Top