#BeliaSG: Selimut Kalbu
Keadaan berjerebu pastinya bukan sesuatu yang baru di rantau ini. Berikut tulisan sinis dua pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dalam ruangan #BeliaSG minggu ini - yang jelas menggambarkan kekalutan mereka terhadap jerebu.
BERITAmediacorp: Keadaan berjerebu pastinya bukan sesuatu yang baru di rantau ini. Berikut tulisan sinis dua pelajar Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dalam ruangan #BeliaSG minggu ini - yang jelas menggambarkan kekalutan mereka terhadap jerebu.
Apabila kabus berlabuh
Menyembunyikan awan biru
Menimbulkan rasa celaru
Melahirkan kebencian
Dalam diri insan
Peritnya mata
Dek pencemaran udara
Mana Pelitup?
Hidung perlu ku tutup!
Alam sekeliling menjadi kelabu
Bertiraikan angin berasap, berdebu
Menusuk hidung dan juga kalbu
Jerebu...Kenapa kau datang?
Pergilah menghilang
KARYA: ADLIN ILYANA MOHAMMAD HAIZAL, NUR SYAFIQAH JAMALUDIN
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.