Images
  • mouse deer
    (Gambar: Jorge Guerrero/AFP)

#BeliaSG: Sang Kancil dan Buaya

BERITAmediacorp: Cereka haiwan dan kanak-kanak bagai tidak boleh dipisahkan. Walaupun jalan ceritanya begitu mudah tetapi cereka-cereka ini sarat dengan pengajaran hidup yang kemudian mengajar generasi muda kita nilai-nilai penting. Ayuh kita luangkan sedikit masa membaca cereka dalam bentuk puisi tulisan pelajar ini. Apa pengajaran yang anda raih?

Sang Kancil bijaksana
Kenyang ilmu tapi lapar perutnya
Mencari makanan hingga dahaga
Air sungai diminum sepuas-puasnya
Namun, apa yang diinginkan di seberang rupanya

Sang Kancil bijaksana
Buah-buahan memanggil namanya
Namun, arus deras menjadi penghalangnya
Tidak perlu berfikir lama
Jalan keluarnya timbul sebagai buaya

Sang Kancil bijaksana
Buaya diatur hingga ke tebing sebelah
Turut sahaja kerana dijanjikan hadiah
Buaya dipijak umpama tangga
Berjayalah Sang Kancil memenuhi kehendaknya

Sang Kancil bijaksana
Pandai menolong, pandai berfikir, pandai memperdaya
Diberkati ilmu tapi hitam hatinya
Kenyang perutnya tapi tetap bermasalah
Bagaimana dia hendak pulang semula?

KARYA: MUHAMMAD KHAIRUL AKMAL ALI
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH TAMPINES 

- BERITAmediacorp/aq

Top