Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

#BeliaSG: Penonton

Sarat dengan teguran, cerpen ini mengajak pembaca merenung sejenak tentang satu tabiat yang sering dianggap sebagai perkara biasa dan menjadi ikut-ikutan ramai. Adakah anda berasa bersalah selepas membaca cerpen tulisan dua pelajar ini? 

Anggaran Waktu Membaca:
#BeliaSG: Penonton

Seorang lelaki menonton video dari telefon bimbitnya. (Petikan gambar hiasan: Peter von Panda/Youtube)

Diterbitkan : 29 May 2019 02:18AM Dikemas Kini : 29 May 2019 02:45AM

BERITAmediacorp: Sarat dengan teguran, cerpen ini mengajak pembaca merenung sejenak tentang satu tabiat yang sering dianggap sebagai perkara biasa dan menjadi ikut-ikutan ramai. Adakah anda berasa bersalah selepas membaca cerpen tulisan dua pelajar ini? 

ZRRRRRRRRTTTTTTT...Zrrrrrrrrtttt

“Eh kenapa ni? Tidak ada wifi kah?”

Aku penatlah, sudah 5 jam aku bercerita kepada kau. Aku pun perlu rehat juga. Aku pun perlu layankan penonton lain juga, bukan hanya engkau seorang sahaja. Sudahlah kau paksa aku bercerita sepanjang masa, tetapi apabila aku berbual, engkau tidak pedulikan. Aku layan penonton lain pulalah sekarang.

Oh! Si Erina ni, sudah lama aku tidak nampak. Oh! Baru aku ingat, bukankah peperiksaannya hampir menjelang? Tersenyum lebar aku melihat gelagat penonton ini. Tidak sabar untuk mendengar cerita aku, kah?

Penonton-penonton seperti Erina memberiku semangat untuk terus menceritakan kepada mereka tentang pelbagai kisah-kisah utama dan hangat dalam lelamanku ini. Baiklah, aku akan mula ceritakan sekarang!

Keliruku dibuatnya, nak kupetik atau tidak
Geramku aku melihat engkau dikelilingi duri-duri
Merah mawar membuat aku terdesak
Sudah pasti engkau yang akan kucuri

Aku dapat melihat betapa terujanya Erina selepas aku menceritakan babak klimaks ini. Dia melompat-lompat dalam kegembiraan sambil mengulangi babak tersebut. Aku sungguh bangga akan penonton-penonton setia seperti Erina.

Selama lima jam, aku terus melayankan Erina yang sedang khusyuk menontonku. Aku pasti kamu semua keliru akan identitiku ini. Tapi, tidak seronoklah jikalau aku dedahkan identitiku begitu sahaja. Apa kata kalau aku berikan kamu semua satu teka-teki. Cubalah teka!

“Mereka menontonku
pada bila-bila masa
mereka mahu berseronok.
Aku boleh ditayangkan
di mana-mana sahaja,
Di komputer, pawagam, televisyen
Dan banyak lagi
Apakah aku?”

Akulah yang kamu semua tonton. Sebuah drama yang bersiri. Akulah yang kerap kamu semua salah gunakan dan hanya mahu memuaskan keseronokan kamu sewenang-wenangnya. Jarang aku lihat penonton-penonton yang bertanggungjawab apabila menonton aku. Seperti seorang penonton ini yang bernama Alif.

Alif salah seorang penonton yang sangat aku benci. Dia tidak pernah memberi aku masa untuk berehat. Dia selalu akan menghabiskan tenagaku hingga seluruh badanku panas. Sudah 10 jam Alif menonton aku, hinggalah sekarang dia mengabaikan amaran yang aku berikan kepadanya beberapa kali. Badanku semakin panas dan aku tidak pasti aku dapat hidup lama. Umurku tidak panjang dan badanku tidak boleh lagi tahan. Aku terlalu lelah.

“Ahhhh….. Aku tidak boleh hidup lama lagi… Alif memang tidak bertanggungjawab. Selamat tinggal kaum manusia,”

Zrrrrrrrrtttt...Zrrrrrrrrtttt

KARYA: NURUL SYAZWANI JOHARI, MOHAMMAD FAHMY FADZIL
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH YISHUN INNOVA

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan