Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

#BeliaSG: MAUT! MAUT! MAUT!

Sedang kita sibuk mengejar impian dan kejayaan, sering kali kita menjadi alpa tentang perkara-perkara lain yang bermakna dalam kehidupan. Ini buah fikiran seorang pelajar dalam ruangan #BeliaSG minggu ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
#BeliaSG: MAUT! MAUT! MAUT!

Seorang lelaki bersama anaknya di tanah perkuburan di Syria. (Gambar hiasan: Sameer Al-Doumy/AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 12:34PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 12:57AM

BERITAmediacorp: Sedang kita sibuk mengejar impian dan kejayaan, sering kali kita menjadi alpa tentang perkara-perkara lain yang bermakna dalam kehidupan. Ini buah fikiran seorang pelajar dalam ruangan #BeliaSG minggu ini.

MAUT akan berkunjung
Bila? Tidak dapat kita pastikan
la mengekori di dalam bayang
Menunggu masa untuk menyerang

Hidup sekian lama
Kematian menunggu di jambatan masa
Masa berlalu manusia leka
Sehingga ramai terlupa hala
Terus berfoya; terus berseronok
Di alam maksiat insan terperuk

Dari pelosok benua lain
Ramai yang leka berbeza cara
Berita sedih sampai di mata
Tanah bertuah kian berubah
Menjadi padang jarak padang tekukur
Dengan ketakutan mencengkam diri
Ketika mengintai di celah jendela
Melihat tanah air dilanda musibah
Musuh dan sekutu dibunuh semua

Darah putih tersimbah merata
Dari tubuh yang tak berdosa
Setiap yang melihat terasa hampa ... kesal ... marah
Melihat kezaliman yang amat nyata

Darah bukan untuk ditumpah
Oleh perbuatan insan durjana
Bersatulah hidup, pegang amanah
Hukum Tuhan ingat sentiasa

Bagi yang terikat dalam maksiat
Bagi yang hidup berhias darah
Ingat...
Maut akan berkunjung
Bila? Tidak dapat kita pastikan
la mengekori di dalam bayang
Menunggu masa untuk menyerang

Maut! Maut! Maut!

Jauhi leka elakkan cuai
Sayangi semua, sayangi diri
Kita bukannya kekal di bumi ini 

KARYA: LIDYA INSYIRAH ZULKARNAIN
SEKOLAH: SEKOLAH TINGGI PEMERINTAH BUKIT PANJANG

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan