#BeliaSG: Leftenan Adnan Saidi, Perwira Sejati
Meski sudah tiada lagi, askar Melayu ini masih dikenang. Malah generasi masa kini turut mengenalinya. Dalam ruangan #BeliaSG minggu ini, karya sajak pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong ini mengenang pengorbanan Leftenan Adnan, dan sekaligus menyingkap kembali sejarah zaman penjajahan Jepun.
BERITAmediacorp: Meski sudah tiada lagi, askar Melayu ini masih dikenang. Malah generasi masa kini turut mengenalinya. Dalam ruangan #BeliaSG minggu ini, karya sajak pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong ini mengenang pengorbanan Leftenan Adnan, dan sekaligus menyingkap kembali sejarah zaman penjajahan Jepun.
LEFTENAN Adnan Saidi,
Namamu tidak asing lagi
Lahirmu ke dunia untuk berbakti
Demi negara tercinta sanggup berkorban diri
Engkaulah perwira yang disanjungi Ibu pertiwi
Leftenan Adnan Saidi,
Dengan semangat tiada terperi
Kau mempertahankan negara ini
Dengan penuh kerelaan hati
Kau gadaikan nyawamu sendiri
Leftenan Adnan Saidi,
Saat kau dikepung musuh
Kau enggan menyerah diri
Kau bergelut hingga ke akhirnya
Meski nyawa bercerai dari badan
Leftenan Adnan Saidi,
Gugurmu sebagai perwira negara
Namamu bersemadi di hati semua
Selamanya kekal dalam sejarah
Tidak pernah terkubur di hati sesiapa
KARYA: MUHAMMAD LUTFIR MOHAMMED SHAHROM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TANJONG KATONG
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.