#BeliaSG: Keterasingan
Puisi ini menjadi suara mereka yang terpinggir. Tersemat juga harapan si penulis bagi kebebasan dan orang ramai terus bersatu. Apa maksud 'keterasingan' bagi anda?
BERITAmediacorp: Puisi ini menjadi suara mereka yang terpinggir. Tersemat juga harapan si penulis bagi kebebasan dan orang ramai terus bersatu. Apa maksud 'keterasingan' bagi anda?
BAGAI makhluk asing yang wujud
Aku asing
Kami asing
Namun KITA sama
Sama rupa
Mungkin sama jiwa
Kau manusia
Kami manusia
KITA manusia
Namun kami terasing
Diasing…
Kami ingin keluar
Bebas
Namun, yang dirasa hanya keperitan
Yang kedengaran hanya suara MEREKA
Laungan kian ketara
Ein Volk, Ein Reich, Ein Fuhrer
Mungkin ada sebab
Mengapa kita perlu sengsara
Biarlah semua itu
Tinggal dalam lipatan sejarah
KARYA: NAUMAN ADIEL MOHAMAD NIZAMULMULUK
SEKOLAH: MAKTAB RENDAH TAMPINES MERIDIAN
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.